Pesanan kekasih kepada kekasih

sinar-rembulan-menerangi-gelap-malam

awak, cantikkan bulan tu. saya suka sangat bila tengok bulan lama-lama. kalau bulan penuh lagi lah saya suka. rasa tenang dan aman je. walaupun saya ada banyak masalah yang saya kena hadap, tapi bila saya tengok bulan tu hilang semua masalah yang tengah serabut dalam kepala saya ini. betul lah awak cakap, manusia ini memang tak boleh lari daripada masalah.

kalau kita asyik lari daripada masalah je, sampai bila-bila pun masalah tu takkan selesai kan awak. masalah itu akan sentiasa ada dengan kita, berdamping dengan kita, ikut je kemana kita pergi. kita ini lah sepatutnya sebagai seorang manusia yang dah dibagi akal sempurna, kena cari jalan macam mana nak selesaikan semua masalah yang berlaku dalam kehidupan kita setiap hari.

sebenarnya kan awak, saya nak awak tau walaupun kadang-kadang hubungan kita ini ada waktu dia bermasalah, tapi seboleh-bolehnya saya memang nak elak dan taknak perkara itu berlaku. tapi apalah daya, saya ni pun manusia biasa. tak pernah lari daripada buat kesilapan.

saya sedar ada banyak keterlanjuran yang pernah berlaku yang mungkin buat awak rasa marah, rasa benci, rasa tak puas hati dan kadang-kadang itu buat awak rasa nak blah je daripada perhubungan kita ini. sebab tu saya selalu bagitau dengan awak. awak sabar ya andai kata ada satu hari tu perangai saya menjengkelkan. entah lah awak, saya pun tak tau apa kena dengan diri saya ini. kadang-kadang saya sendiri tak tau apa sebenarnya yang saya tengah buat sekarang.

Setia hanya pada yang satu

awak, cuba awak ambil tangan saya ini. awak genggam kuat-kuat dan awak letakkan ke dada saya. awak boleh rasa tak degupan jantung saya ini? awak boleh rasa kan? kalau awak nak tau setiap kali jantung ini berdegup, setiap kali itu juga ingatan saya terhadap awak tak pernah hilang. setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat hanya ada awak dalam hidup saya.

tak pernah ada orang lain yang boleh rampas rasa cinta saya terhadap awak. saya hanya perlukan awak dalam hidup saya. mungkin awak ada merasakan dalam satu ketika tu macam ada ramai orang yang cuba berdamping dan mendekat dengan saya, tapi percayalah. Tak pernah sekali pun terlintas dalam hati saya untuk saya berubah hati dan berpaling daripada awak. jujur saya cakap, saya tak tipu saya langsung tak pernah menaruh hati dengan sesiapapun.

betul awak, saya tak tipu. takkan lah saya nak tipu awak pula. mungkin disebabkan perwatakan saya ini orang mudah selesa dengan saya. saya tak boleh nak halang andai kata ada orang tu nak berkawan dengan saya. saya taknak lah pula di labelkan sebagai seorang yang sombong susah mesra. sedangkan kerjaya saya sendiri sememangnya perlukan saya untuk berjumpa dengan ramai orang setiap hari.

walaupun situasi dan keadaan macam itu, tapi saya tak pernah lagi sampai tahap melanggar batas-batas pergaulan yang boleh bawa saya kepada perkara-perkara yang boleh menjahanamkan saya pula. saya ini masih lagi seorang yang punya iman dan tau mana perkara baik dan tak baik. awak janganlah fikir yang bukan-bukan dekat saya ya. tak baik tau kalau awak fikir perkara yang negatif tentang diri saya.

Jadilah cahaya yang menerangi hidup orang lain

awak, sinilah. cuba awak tengok tasik ini. cantik kan pemandangan dia. bila bulan tengah mengambang macam ini, pantulan cahaya yang terbias kat permukaan air buatkan kawasan sekeliling yang kita tengah berdiri jadi terang kan. Macam itulah juga dalam kehidupan kita setiap hari. Kita kena jadi seorang manusia yang sentiasa menerangi kehidupan orang lain.

kalau ada sesiapa yang kita kenal hidup dia tengah suram dan tak tenteram, kita kena lah bantu dia balik supaya dia tak rasa hidup dia gelap gelita. kadang kita nampak orang tu macam takde keperluan untuk nak kita bantu, tapi sebenarnya dalam hati dia memberontak minta pertolongan mengharapkan ada orang yang akan datang tolong dia. cuma dia tak tau nak luahkan dekat siapa dengan cara macam mana.

orang ini biasanya dia akan diam dan buat kerja sorang-sorang. dia takkan bergaul dengan semua sebab kalau boleh dia taknak orang sedar tentang kewujudan dia. dia takut diri dia ini nanti akan menyusahkan ramai orang. padahal dia sendiri tak tau yang dia sebenarnya perlukan bantuan daripada orang lain untuk bagi dia semangat supaya terus kuat nak lawan segala masalah yang buatkan hidup dia rasa terbelit.

awak kena pastikan yang awak adalah salah seorang ataupun mungkin satu-satunya orang yang akan bersama dengan dia dan bantu dia supaya dia kembali semula kepada kehidupan dia yang ceria balik macam sebelum ini. kita tak pernah tau apa sejarah, apa kisah yang pernah berlaku, tapi kita boleh jadi sebab untuk dia kuat dan lawan balik segala kemurungan yang berlaku dan kembalikan balik cahaya dalam hidup dia supaya boleh hidup normal macam sebelum-sebelum ini balik.

Kuat dan cekalkan hati selalu

awak tengok papan kayu kat tempat kita berdiri ini. setiap hari papan ini akan ada je kat sini. tak kira lah hujan, ke panas, dia akan sentiasa ada kat tempat dia sepatutnya ada. hari-hari akan ada orang pijak dia. tak kisah lah orang tu berat ke ringan ke tapi mesti akan ada orang pijak dia. kalau waktu hari tak ramai orang, maksudnya tak ramai lah orang yang pijak dia.

tapi kalau waktu ramai orang cuti hari minggu contohnya akan ada beratus orang yang pijak dia tak kira tua muda budak kecil ke besar. siap ada yang lompat-lompat lagi atas papan ini. kalau budak-budak yang lompat takpe lagi, ini kalau orang besar yang lompat lagi lah teruk. dah mengalahkan macam budak-budak dah. tapi nak buat macam mana semua orang tengah seronok gembira sebab nak dapatkan gambar yang cantik masa tengah lompat itu.

Macam tu lah juga dalam kehidupan kita ini. Setiap hari setiap masa mungkin akan ada orang yang pijak kita, merendah-rendahkan kita, kutuk-kutuk kita dan kata belakang ke kita. Jadi nak tak nak kita kena sentiasa kuat macam kayu ni untuk hadap apa sahaja perbuatan yang orang cuba lakukan dekat diri kita. Walaupun orang tu rasa, perbuatan itu akan menyebabkan dia lagi gembira, lagi suka, lagi bahagia.

kita kena sentiasa kuat, cekal hati dan bertahan sebab apa? sebab orang itu lah yang akan rasa kan kehilangan bila ketiadaan kita nanti. bayangkan kalau kayu ini dah takde, dah tak boleh lah lagi orang nak pijak dan tangkap gambar yang cantik dah. sebab sebelum ini kehidupan dia dipenuhi dengan perasaan iri hati dan dengki tapi bila kita dah takde nanti orang ini lah yang akan rasa bersalah atas apa sahaja perbuatan yang dia dah buat kat kita.

Sampai ke akhir hayat

dah la tu awak, jom lah kita balik lagi. jam pun dah pukul 12 tengah malam dah ini. lama-lama kat sini saya rasa semacam pula awak. saya harap awak boleh faham apa yang saya luahkan ini ya. saya tau awak tak boleh mendengar macam manusia normal disebabkan kekurangan diri awak semenjak awak lahir lagi.

tapi perkara itu tak pernah pun buatkan cinta saya berkurang walau sedikit pun terhadap awak. kekurangan fizikal yang awak alami sekarang ini buatkan saya rasa bersyukur sebab dikurniakan pasangan hidup yang sentiasa setia bersama dengan saya. walaupun awak pekak tak boleh nak dengar dan bisu tak boleh bercakap macam orang lain, tapi saya sentiasa faham apa sahaja keinginan dan kemahuan yang awak mahukan.

maafkan saya kalau saya ada marah-marah awak sebelum ini, saya tau saya tak sepatutnya buat macam itu kat awak. saya tau dalam hati awak kadang-kadang ada terguris tapi percayalah saya takde niat langsung nak sakitkan hati awak. saya cuma manusia yang lemah je awak. saya minta maaf sangat-sangat ye awak. awak adalah pasangan saya di dunia dan awak juga pasangan saya di akhirat nanti. saya sayang sangat-sangat dekat awak. macam mana awak nak teruskan kehidupan nanti bila saya dah takde.

saya tak boleh bayangkan kesukaran yang awak perlu lalui nanti bila saya dah pergi dan tak kembali. awak, peganglah kata-kata ini. saya akan selalu cintakan awak dan saya akan sentiasa sayang awak sepenuh hati saya. takkan sekali-kali cinta saya berubah. hanya awak yang saya perlukan dalam hidup saya. terima kasih sebab sudi terima saya sebagai teman hidup awak. saya berjanji akan sentiasa ada bersama dengan awak. i love u so much dear.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge