• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / PILIHAN ITU ADA DITANGAN

PILIHAN ITU ADA DITANGAN

8 May 2019 by sabrijati Leave a Comment

Sering kali ketika ingin membuat keputusan, pastinya kita akan terburu-buru melakukannya. Tapi pernah ke tersedar, bila melakukannya tanpa berfikir panjang, pasti akan membuatkan kita mungkin tersalah dalam membuat pilihan. Lebih parah lagi, apabila ianya bakal memberikan kesan jangka masa panjang, akibat yang perlu ditanggung.

Pasti akan rasa menyesal di kemudian hari nya pula. Waktu itu, berpatah balik bukan lagi satu penyelesaian bagi hal yang telah berlaku. Diri sendirilah yang harus menanggung akibat daripada perbuatan tersebut. Sekiranya kesan baik yang bakal diterima, maka baiklah juga pengakhirannya.

BERFIKIRAN JAUH

Maka beruntunglah mereka yang tergolong di dalam kalangan ini. Jika buruk sesuatu hal yang berlaku itu, maka pastinya diri sendiri bakal tergolong dalam mereka yang rugi. Allah telah kurnikan akal fikiran yang sempurna bagi menilai mana satu yang elok dan mana satu yang batil. Benar, keistimewaan makhluk yang bernama manusia terletak pada akalnya.

Akal yang sihat mencerminkan peribadi seseorang itu. Janganlah dirosakkan kurniaan yang satu ini dengan perkara – perkara yang tidak baik. Jika selalu ditanamkan dalam minda tentang sesuatu hal yang negatif sahaja, tentulah kita akan menjadi seorang yang tidak berpandangan jauh.

CERMINAN DIRI

Berfikirlah tentang hal yang positif selalu. Kelak ianya akan menjadikan manusia itu seorang yang mempunyai peribadi yang pekerti dan amalan yang mulia disisi masyarakat dan orang sekeliling. Sentiasalah bergaul bersama-sama golongan yang sentiasa fikirkan tentang bagaimana untuk memperbaiki diri dari masa ke masa.

Pilih lah sahabat yang selalu mendorong kearah kebaikan dan menghalang daripada melakukan perbuatan yang mungkar. Jika sahabat ini berada berada berhampiran dengan kita sekarang, ucapkanlah terima kasih pada mereka kerana sentiasa membantu kita menyedarkan kekurangan dan kelemahan yang ada dalam diri.

JANGAN TERSALAH LANGKAH

Berdoalah supaya sama-sama kita dipermudahkan urusan sentiasa. Setiap manusia akan mengalami ujian mereka masing-masing. Manusia itu diuji atas kemampuan yang ada pada diri. Jika hal yang dirasakan itu terlalu berat untuk ditanggung, maka carilah mereka yang boleh membantu meringankan masalah yang sedang dihadapi.

Ingatlah. Jangan pernah walau hanya sekalipun dalam hidup, melakukan sesuatu keputusan tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Jadikanlah kisah silam itu satu pengajaran yang sempurna yang bakal menjadikan kita lebih kuat dan lebih mantap dalam menentukan hala tuju hidup pada masa akan datang.

Berdirinya satu manusia itu pada saat ini, atas apa yang telah diusahakan pada masa lalu. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah.

Artikel menarik untuk anda:

BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG

BUAT APA DISURUH, TINGGAL APA DILARANG

Anak-anak babah, janganlah sekali-kali kalian mendekatkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan tubuh badan. Nikmat kesihatan yang telah Allah berikan itu sebenarnya…... Baca selanjutnya »

BERANI BERIMPIAN

BERANI BERIMPIAN

Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar…... Baca selanjutnya »

HENTIKAN SEGALA PENDERITAAN

HENTIKAN SEGALA PENDERITAAN

Cinta, kasih dan sayang adalah perasaan yang dikurniakan oleh Allah SWT buat seluruh hambaNya yang berada di atas muka bumi. Apabila semua…... Baca selanjutnya »

HUBUNGAN SEDARAH SEDAGING

HUBUNGAN SEDARAH SEDAGING

Air dicincang tidak akan putus. Itulah perumpamaan yang boleh diibaratkan bagi setiap perhubungan antara sesama adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang harmoni…... Baca selanjutnya »

DAH CUKUP BAGUS

DAH CUKUP BAGUS

“Aku ingin berjaya dalam hidup. Aku ingin mengubah kehidupanku ke arah yang lebih baik.” Semua orang pasti ingin berjaya dalam hidup mereka….... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Next Post: KELUARGAKU BAHAGIA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme