Port cendol durian terbaik kat KL

FB_IMG_1598969518524

Kat kl memang ada banyak port makan cendol durian yang best. Kebanyakan kedai semuanya ada style sendiri macam mana nak tarik pelanggan datang kedai dorang. Tapi bagi aku kalau cendol ni marketing saja tak cukup.

Paling penting dia punya cendol tu betul-betul padu ke tak. Itu je. Kut mana pun orang bercakap pasal cendol ni, hirupan yang pertama lalu masuk dalam tekak tu juga yang akan tentukan sama ada cendol tu sedap ke tak.

Kali ni aku singgah makan kat satu kedai. Memang family aku nak makan cendol durian. Mama kata dah biasa datang kedai ni, cuma aku je yang tak pernah datang. Kedai ni location dia kat jalan raja alang kampung baru.

Kat sini terus terang cakap memang ada banyak kedai cendol durian. Kebanyakannya semua kedai tu dekat-dekat je. Aku selalu makan kat satu kedai ni yang kat simpang 3 sana tu. Tapi kedai tu selalu ramai orang beratur, tak cukup meja.

Kedai yang ni aku tak pernah try lagi. Sebab kan dah kenyang makan nasi tadi, aku takdelah order cendol durian dah. Aku order je cendol pulut. So bila dah sampai cendol tu, aku tengok portion dia wah boleh tahan banyak juga ni.

Try lah rasa tengok, sekali dah hirup dia punya sedap tu perghhhhhhhhh tak boleh nak habaq weyh. Memang sedap giler lah. Aku tengok colour dia pun aku dah tau sedap. Dia punya sedap tu sampai aku tak tersnap gambar cendol tu tadi. Haha.

Tengah duk feeling layan makan cendol ni, aku perasan sorang brader ni dari jauh. Sekali rupanya HM jukie lah, salah seorang manager dalam team aku. Kedai wife dia rupanya, fuh memang padu. Dia punya lemak cendol tu memang terangkat.

Lepas ni mesti datang repeat makan kat sini lagi. Haha. Kalau nak datang try je waze nama kedai dia. Aku pun tak sure macam mana nak jumpa kedai ni. Refer je lah gambar aku bagi ni hehe. Kalau dari masjid kampung baru kedai ni sebelah kiri.

Nak lagi senang whatsapp je aku. Kita boleh gi makan sekali haha. Takpe aku belanja.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge