RAHSIA PERAP AYAM JADI LEBIH PADU !

Rumah-ada-kolam-renang

Bila ada masa terluang dengan kawan-kawan, aku akan ajak dorang lepak. Kadang-kadang pergi tengok wayang, pergi makan, main bowling dan macam-macam lagilah. Satu hari tu aku ingat nak ajak dorang bbq. Jadi akupun plan dengan Namito, Monjelar, dan Kamoli.

Kami plan buat bakar-bakar dekat rumah Kamoli. Kebetulan mak ayah dia pun tengah outstation ke luar negara. Rumah Kamoli ni best sebab ada swimming pool. Barulah boleh makan-makan atas air macam dalam movie tu kan. Hahaha.

cantiknya rumah yang ada swimming pool

Keliru Siapa Nak Perap Ayam

Masalah yang kitorang hadapi sekarang ialah takde sorang pun antara kami ramai-ramai ini yang pandai perap ayam. Nak bakar ayam ni ikutkan kena la perap dulu. Bila dah meresap kedalam isi ayam tu baru la sedap bila makan.

Tiba-tiba tengah serabut fikir tu, Monjelar bagitau dia ada idea macam mana nak perap. Kami pun terkejut. Biar betul dia ni. Biasanya bab-bab makan, dia ni memanglah laju tapi tak pernah pula la terfikir yang dia pandai bahagian bahan-bahan atau resepi ni.

Kitorang pun biarkan lah dia pergi beli ayam dan siapkan perapan tu sekali. Yang lain pergi cari portable bbq, arang, kipas dan semua peralatan yang nak digunakan. Bila dah siap kami pun terus bawa pergi rumah Kamoli.

bakar-bakar sambil mandi kolam

Terkejut Dengan Rasa Dan Tekstur Ayam

Sampailah waktu yang ditunggu. Kami mula hidupkan ibu api. Bakar arang bagi jadi bara dan sediakan tempat untuk nak membakar selengkapnya. Tak lama, Monjelar datang dengan ayam yang dah di siap perap tadi. Kami buka plastik dan terus terhidu bau yang sangat wangi.

Perapan ayam tu nampak macam biasa je tapi daripada segi warna dan bentuk tu macam ada sesuatu yang pelik. Kami pun mulalah bakar ayam-ayam tu semua. Bila bersentuhan je bahang api dengan ayam tadi terus keluar aroma yang mengasyikkan. Kami terhidu bau yang sangat menggoda dan membuka selera.

Bila dah siap bakar, aku try satu cubitan ayam tu dan rasanya….. Pergh…! Sungguh sedap tak terkata. Lembut sungguh isi ayam ni. Dengan sedikit berjus dan bau yang sangat wangi, aku makan sampai bertambah-tambah dan tak berhenti. Yang lain pun sama setuju dengan aku.

ayam sangat lembut dan juicy

Rahsia Di Sebalik Perapan

Kitorang pun terus tanya macam mana Monjelar boleh pandai perap ayam sesedap ni. Lepas tu dia bagitau, sebenarnya dia perap sama je macam orang lain selalu buat. Cuma dia tambah satu bahan lain yang orang tak terfikir nak gunakan. Mula-mula tanya tu dia nak berahsia tapi kitorang desak juga suruh dia bagitau.

Nak tahu dia guna bahan apa masa dia nak perap ayam-ayam tu? Rupa-rupanya dia pergi campurkan air Mountain Dew dalam bahan-bahan perapan tu. Patut la ayam tu ‘juicy’ semacam je.

Tapi serious memang sedap gila lah. Dah la lembut pula isi ayam tu. Dia kata resepi ni masyarakat Korea dah biasa gunakan. Lepas ni kalau siapa-siapa nak perap ayam nak buat bbq, nak goreng atau nak panggang boleh la try campur dengan citrus soda ni ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge