RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA

Salam-Ramadhan

Esok, semua umat Islam akan mula berpuasa bagi tahun ini. Pastinya ramai yang teruja bagi menyambut kedatangannya. Sama juga seperti Sabri. Setiap tahun pasti akan rasa tak sabar nak berjumpa dengan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Bulan puasa adalah bulan di mana kita melipat gandakan amalan lebih daripada bulan-bulan biasa.

Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapat. Segala ibadah dan kebaikan yang kita buat pasti akan dilipat gandakan ganjarannya. Syaitan pula akan dibelenggu. Jadi kita akan berperang dengan nafsu dan syahwat kita sahaja. Waktu ini kita akan diuji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita pada Tuhan Maha Pencipta.

BERNIAGA DI BAZAR LARUT MALAM

Pengalaman Sabri sebelum ini, bila masuk je bulan puasa bermakna Sabri akan sibuk denga aktiviti perniagaan. Rasanya semua maklum yang Sabri ini seorang peniaga di bazar larut malam selama lebih kurang 10 tahun. Jadi bulan puasa adalah bulan dimana orang ramai akan berpusu-pusu ke bazar larut malam tempat Sabri berniaga. Memang meriah suasana malam di tempat Sabri berniaga dulu.

Rata-rata kami para peniaga, sebulan dua sebelum masuk bulan puasa, kami akan sediakan barang-barang untuk diniagakan secukupnya. Ini bagi mengelakkan kemungkinan stok habis atau stok putus. Ini boleh mengakibatkan masalah yang besar jika tak cukup stok sebab bulan puasa lah hari di mana semua orang akan berbelanja bagi keperluan mereka di hari raya nanti.

SENTIASA PEKA DAN BERHATI-HATI

Jadi Sabri akan sangat sibuk dengan bermacam-macam urusan. Selepas bersahur baru Sabri akan tidur. Tengah hari pula Sabri akan berlari kesana dan kesini untuk mencari barang. Malam Sabri akan membuka kedai sampai jam 3 pagi.. Kadang kala berbuka puasa pun di dalam kereta. Jalan raya akan jadi sangat sesak sebab semua orang panik untuk membeli kelengkapan hari raya.

Pernah satu ketika disebabkan jalan terlampau padat, Sabri beranikan diri untuk menambah stok dan membawa barang-barang yang sudah dipek dengan menggunakan motosikal. Malang itu tidak berbau. Sabri hampir-hampir kemalangan kerana bila barang penuh di atas motor, kita akan mudah hilang kawalan dan imbangan. Mujur Allah SWT masih sayangkan Sabri. Selepas peristiwa tersebut, Sabri lebih berhati-hati.

PERUBAHAN HIDUP

Bila Sabri bertukar perniagaan dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang jualan sekarang ini, kehidupan Sabri telah berubah berbanding sebelumnya. Sabri lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga dan bermain dengan anak-anak dirumah. Pagi Sabri akan ke pejabat untuk uruskan tempahan yang telah dibuat oleh para pelanggan Sabri. Sabri akan membuat panggilan telefon dan bercerita tentang kelebihan dan kebaikan produk yang Sabri jual.

Petang pula Sabri akan habiskan masa dengan anak-anak membawa mereka berjalan dan bersiar-siar. Membeli pelbagai juadah makanan lauk pauk di bazar Ramadhan dan berbuka puasa bersama keluarga. Sabri juga boleh menjalani ibadah terawih di surau terdekat. Sebelah malam Sabri boleh berehat dan bangun segar pada awal pagi untuk bersahur. Tentunya sahur kali ini lebih indah daripada sebelum ini.

DOA DAN HARAPAN

Perubahan dan perbezaan ketara dapat Sabri rasakan berlaku dalam hidup. Syukur alhamdulillah Allah SWT sentiasa kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka. Sabri kini lebih faham dan sangat menghargai nikmat masa yang telah dikurniakan. Sebelum ini, Sabri rasakan kehidupan Sabri terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk bersama dengan keluarga.

Harapan Sabri semoga Ramadhan kali ini akan memberikan lebih kebaikan dan kebahagiaan dalam keluarga. Sabri sentiasa berusaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua dan mengampunkan segala dosa-dosa, sama ada yang sudah dilakukan mahupun yang akan datang. Apa yang pasti, jangan pernah berhenti berharap kerana Allah sentiasa menyayangi hamba-hamba Nya yang bersabar.

Selamat berpuasa !

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge