Rasulullah SAW sangat menyukai minyak wangi dan wangi-wangian

mengikuti-dan-mempraktikkan-sunnah

Semalam aku ada dengar satu video ceramah Kat YouTube. Macam biasa waktu malam bila semua kerja-kerja follow up customer dah settle, aku suka tengok video untuk rehatkan diri.

Salah satu cara aku release kan tekanan kerja memang dengan cara tengok video. Kadang aku suka tengok movie, kadang suka tengok video kelakar, kadang suka tengok video keagamaan.

Kisah yang menyentuh hati

So video ceramah yang aku tengok semalam tu ceritakan tentang kisah yang mana nabi kita Rasulullah SAW sangat menyukai minyak wangi dan wangi-wangian.

Suka nya baginda Rasulullah SAW itu memang tak boleh nak digambarkan dengan perkataan. Aku dah mula rasa sebak dan sayu bila dapat tau tentang kisah ini semalam.

Istimewanya Rasulullah SAW

Baginda Rasulullah SAW akan beli minyak wangi yang beliau suka dan sentiasa pastikan diri beliau dalam keadaan wangi lebih-lebih lagi bila mana beliau bersolat.

Sedangkan kalau ikut apa yang ustaz sampaikan semalam, peluh Rasulullah SAW sendiri sebenarnya dah memang wangi dan beliau tak perlu guna minyak wangi pun untuk wangikan diri.

Kelebihan buat mereka yang mengikuti sunnah

Disebabkan suka akan wangi-wangian Rasulullah SAW sanggup beli dengan duit beliau sendiri. Dengan memakai minyak wangi boleh menajamkan lagi akal dan fikiran.

Dan buatkan orang sekeliling kita lebih selesa bila nak berdekatan dengan kita. Tak kira sama ada perjumpaan biasa, atau ketika dalam solat, yang tu lebih utama kena sentiasa wangi.

Pasti ada kebaikan didalamnya

Bagi aku sendiri, kita kena berusaha ikut apa sahaja sunnah yang Rasulullah SAW dah ajarkan kepada kita. Sama ada secara kita sedar atau tak, semua tu mesti ada hikmah disebaliknya.

Apa pun setiap kali berbicara perihal Nabi Muhammad SAW, aku mesti akan rasa sebak. Tak tertanggung rindu dalam hati kepada beliau. Allah SWT sahaja yang tau perasaan ini.

Semoga kita semua dapat bersama-sama disisi Rasulullah SAW kita di akhirat kelak amin ya rabb.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge