Aku mahu berjalan ke luar negara. Melihat keindahan negara orang yang sebelum ini aku tak pernah rasai. Semua orang mesti ada impian yang sama bukan. Berjalan di persisiran laut yang jernih dan pantai yang sangat memegunkan mata yang memandang.
Melihat dengan mata kepala sendiri betapa cantiknya banjaran pergunungan yang memukau mata. Suasana yang nyaman dan damai yang tak pernah tergambarkan dengan kata-kata sebelum ini. Melihat burung berkicauan menyanyikan melodi lagu asli yang mengkhayalkan perasaan.
ZON SELESA YANG TIDAK SELESA
Merasai kesejukan air terjun yang tinggi menghasilkan pelangi yang indah dan menggembirakan hati. Berlari ke sana ke mari berkejaran dengan pasangan sehidup dan semati. Merasakan dunia ini begitu luas dan menjadi tempat persinggahan yang akan dikenang sampai bila-bila.
Namun itu semua hanyalah mainan khayalan bagi aku setakat ini. Realitinya, aku sendiri sedang bergelut dengan perasaan diri. Berperang melawan dan cuba bangkit keluar daripada zon selesa yang selama ini aku tak pernah sangka akan terjerumus ke dalamnya. Sama ada sedar ataupun tidak sedar, aku pun tidak pasti.
MULAKAN HARI DENGAN RASA SYUKUR
Setiap hari aku bangun daripada tidur, memikirkan bagaimana hari ini akan berlangsung. Adakah ianya hari dimana seperti yang aku harap-harapkan, atau ada percaturan yang lebih baik dari Yang Maha Esa? Sebagai manusia, mahu atau tidak, aku harus sentiasa berusaha memperbaiki diri menjadi orang yang lebih baik sebelumnya.
Permulaan hari merupakan satu pelajaran baru, pengalaman baru yang pasti tidak pernah aku tempuh sebelum ini. Takut untuk berdepan, pasti semua orang merasai perkara yang sama. Bukan apa, hanya takutkan gagal, sedangkan sudah diberitahu, pasangan kepada kejayaan adalah kegagalan.
BANGKIT DENGAN LEBIH KUAT
Seberapa kali kau jatuh, itu tidak menjadi ukuran. Tetapi seberapa cepat kau mahu bangkit kembali, itu yang menjadi persoalan. Andai dibiarkan diri terus hanyut, maka pasti akan menanggung akibatnya di kemudian hari. Sama ada mahu percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri sendiri.
Aku doakan kalian diluar sana yang sedang berada dalam proses penambahbaikan, moga kalian terus kuat melawan arus yang mendatang. Jangan pernah pedulikan kata-kata yang tidak menyebabkan kau bergerak dengan lebih baik. Simpan semua moga menjadi satu penghambat motivasi di kemudian hari.
PERCAYA PADA PROSES
Harus segera bangkit daripada kejatuhan dan percaya setiap usaha yang telah dilakukan, pastinya dinilai oleh Dia Yang Maha Kuasa. Jangan membanding-bandingkan keputusan diri sendiri dengan orang lain. Lain orang lain rezekinya. Tidak pernah tahu atau mahu ambil tahu tentang proses yang dilalui oleh orang lain.
Jangan pernah sekali-kali melanggar larangan Tuhan, perbaiki amalan rohaniah daripada sehari ke sehari. Perbetulkan niat semula, amalkan supaya hari ini lebih ramai lagi yang boleh dibantu. Moga dengan asbab memberi, Allah permudahkan segala urusan kita menerima. Bukan sahaja di dunia, lebih-lebih lagi diakhirat kelak.
Amin ya rabb..
Artikel menarik untuk anda:
KITA PEJUANG
Aku orang bisnes. Setiap hari aku akan bertemu dengan bermacam-macam manusia. Pelbagai ragam dan karenah aku temui bila aku keluar rumah dan…... Baca selanjutnya »
HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
Dalam kehidupan kita sehari-hari, ada kala kita merasakan apa sahaja perkara yang telah terjadi pada hari itu adalah suatu kebetulan tidak dijangka….... Baca selanjutnya »
HANYA UNTUK KAMU ANAKKU
Bila aku lihat ke wajah anak-anak yang gembira, buat aku rasa terhibur dengan gelagat comel dan manja mereka, Setiap…... Baca selanjutnya »
IMPIAN SEBUAH HARAPAN
Semua orang mempunyai impian masing-masing. Setiap kali bangun pagi, sentiasa tertanam dalam diri bahawasanya satu hari nanti pasti kejayaan bakal dikecapi. Walau…... Baca selanjutnya »
BELAJAR ERTI BERSYUKUR
Berjalan menelusuri lorong gelap yang berada di hadapanku, buatkan aku berfikir sendiri apakah makna sebagai seorang manusia diatas muka bumi ini. Tujuan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions