Respect lah sikit bila tumpang kereta orang

Perasaan-kena-tunggu-memang-tak-best

Kalau kita nak tumpang kereta orang, janganlah sampai orang tu pula yang nak kena tunggu kita. Sepatutnya kita lah yang kena awal tunggu orang yang kita nak tumpang tu.

Selalu sangat kejadian macam ni berlaku. Aku pun pernah alami benda yang sama. Bila nak tumpang kan orang kita pula yang terpaksa tunggu kat waiting point tu.

Okaylah aku mengaku. Aku memang pernah juga lah jadi kejadian lambat sampai kat tempat nak jumpa dengan orang yang nak aku tumpang tu.

Sedar bila dah buat silap

Adatlah kita manusia biasa, takkan pernah lari daripada kesilapan. Diri sendiri sedar yang dah buat silap. Penting sangat untuk kau sedar yang kau dah buat silap.

Bila dah tau buat silap, mintalah maaf dengan orang yang nak tumpang kan kita tu. Ini tak, buat tak reti macam takde apa-apa berlaku. Sikit sorry pun takde.

Mesti orang yang nak tumpang kan kita tu berbulu je dengan kita. Jangan macam tu. Tak baik. Kita kena lah ada perasaan segan tu. Common sense lah ya.

Cepat perbetulkan diri balik

Apa-apa pun paling penting sekali kena pandai uruskan masa dengan baik. Part ni memang kena jaga elok. Sebab dia akan bagi kesan dalam keseluruhan hidup kita.

Disiplin diri kena jaga. Kalau kita nak orang hormat kat kita, kita kena belajar hormat dengan orang dulu. Takkan jatuh martabat pun kalau kita belajar untuk respect orang lain.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge