Hari ni macam biasa lepak dekat pejabat sambil follow up prospek. Sambil-sambil belek database tiba-tiba terdengar salah seorang daripada kami ajak makan ikan bakar untuk berbuka ini. Masing-masing dah mula bagi idea nak makan kat mana. Nak makan sekitar kawasan Bangi ini macam dah biasa sangat.
Rangka pelan pun mula diatur. Selepas dah dapat persetujuan bersama, kami pun berpakat nak buka puasa dekat Bagan Lalang. Apa yang buatkan aktiviti berbuka puasa kami kali ini lain daripada lain, kami decide nak pergi ke sana beramai-ramai dengan menunggang motosikal. Memang terbaiklah !
HUJAN TAK MEMATAHKAN SEMANGAT
Kami berkumpul beramai-ramai di stesen minyak berdekatan dengan pekan Semenyih. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Walaupun pada mula nya macam dah nak cancel disebabkan faktor cuaca, tapi kami gagahkan juga untuk meneruskan perjalanan. Rupa-rupanya hujan cuma setempat di bahagian kami berkumpul sahaja.
Masuk tol pertama di lebuh raya, hujan pun berhenti. Kami meneruskan misi untuk makan ikan bakar ke Bagan Lalang disebabkan tempahan telah dibuat lebih awal. Setiap penjuru dan selekoh yang ada di kawasan kampung, kami lalui dengan tenang dan penuh berhati-hati. Jalan raya mulai sesak disebabkan orang ramai baru pulang daripada kerja.
SEDAP DAN MENYELERAKAN
Hampir sejam setengah perjalanan, kami pun tiba ke restoran yang telah di booking. Kurang sepuluh minit sahaja lagi waktu untuk berbuka puasa. Setibanya kami, makanan telah siap sedia dihidangkan oleh para pekerja restoran. Pelbagai makanan selain daripada ikan bakar. Memang meriah dan penuh meja.
Ada sotong goreng tepung, ikan bakar jenahak, ikan bakar pari, udang mentega, ikan siakap masak tiga rasa dan macam-macam lagilah. Puas hati bila dapat makan makanan yang memang dah lama aku mengidam. Masakannya juga sangat sedap dan memuaskan hati kami semua. Memang terbaiklah makanan dekat Bagan Lalang ini.
DESTINASI PILIHAN
Siapa yang teringin nak makan ikan bakar yang best, bolehlah datang ke Bagan Lalang. Suasana pun cantik, betul-betul di tepi pantai. Memang sesuai kalau datang bersama keluarga dan kawan-kawan. Rasanya kalau naik kereta tak jauh sangat kalau ikut lebuh raya utama. Kami ikut jalan dalam, sebab tu lambat sikit sampai.
Lepas ini, harapnya akan ada lagi aktiviti berbuka puasa ramai-ramai macam ini. Kalau ikutkan jadual memang ada yang dah dirancang sebelum bermula puasa lagi. Tak sabar rasanya nak menghadiri majlis berbuka puasa yang telah diatur. Mesti suasananya akan lebih meriah disebabkan raya pun dah semakin hampir.
Artikel menarik untuk anda:
MEMBAZIR ITU MERUGIKAN
Rambang mata betul bila pergi ke Bazar Ramadhan. Macam-macam juadah berbuka puasa yang mahu dibeli. Maklum sangat bila perut sedang menahan lapar…... Baca selanjutnya »
BUKA PUASA BERJEMAAH
Hari ini kami berbuka puasa di rumah pengurus kami HM Syima dan Asyraf. Sudah berapa kali dah sebenarnya rancang nak berbuka sama-sama…... Baca selanjutnya »
RAHSIA PERAP AYAM JADI LEBIH PADU !
Bila ada masa terluang dengan kawan-kawan, aku akan ajak dorang lepak. Kadang-kadang pergi tengok wayang, pergi makan, main bowling dan macam-macam lagilah….... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
SAMPAI BILA NAK TUNGGU
Panas betul cuaca aku rasa hari ini. Biasanya cuaca taklah terik sangat. Mungkin musim kemarau bakal tiba. Sudahlah bulan puasa semakin dekat….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions