Menunggang motosikal pada waktu malam menuju ke tempat makan yang menarik pasti memberikan pengalaman sangat berharga. Aku sudah biasa menunggang motosikal beramai-ramai sebelum ini pada waktu siang. Kali ini lain daripada yang lain. Kita tukar suasana penunggangan yang baru pula.
Berbeza dengan waktu siang, malam lebih memberikan ketenangan kerana cuaca tidak panas seperti selalunya. Aku tak tahan bila siang sebab tangan pasti akan berbelang hitam. Bila disarungkan sweater terasa pula berpeluh dan rimas pula. Aku lebih selesa menunggang motosikal dengan pakaian selapis sahaja.
CUACA TIDAK MENJADI HALANGAN
Ride kali ini antara yang teramai aku pernah sertai. Lebih kurang 13 unit motosikal berlainan jenama namun bersatu hati berkumpul beramai-ramai sambil berkenalan antara satu sama lain.
Sebelum memulakaan perjalanan kami berhimpun di stesen minyak sambil menunggu kehadiran rakan-rakan yang lain.
Walaupun hujan gerimis turun membasahi bumi Semenyih namun kami tetap bersemangat untuk meneruskan perjalanan yang telah dirancang. Kami bergerak menuju ke lokasi gerai roti john yang sangat terkenal di Paroi, Negeri Sembilan dengan menggunakan lalulan lebuh raya LEKAS kerana lebih cepat untuk sampai ke destinasi.
KERJAMASA SEBAGAI SATU PASUKAN
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai. Kami menunggang dengam cermat kerana sedia maklum cabaran menunggang waktu malam sememangnya berbeza daripada biasa. Dari segi keselematan kami sangat menitikberatkan supaya tiada apa-apa insiden yang tidak digemari dalam kumpulan kami.
Walaupun ada salah seorang daripada sahabat kami yang mengalami kesulitan akibat rantai motornya yang putus di pertengahan jalan, namun kami semua memberikan bantuan yang sewajarnya buat beliau. Kami saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam memastikan keselamatan semua terjaga.
BANTU MEMBANTU ANTARA SATU SAMA LAIN
Saat-saat beginilah akan menimbulkan satu ikatan persaudaraan yang hebat apabila semuanya bekerjasama seperti dalam satu pasukan. Penting sebenarnya bila kita berjalan jauh beramai-ramai ini supaya apa sahaja masalah yang timbul akan kita selesaikan. Jadi tidak perlu risau disaat-saat berlakunya kecemasan.
Bagi yang belum pernah merasai pengalaman menunggang motosikal beramai-ramai lebih-lebih lagi pada waktu malam boleh sama-sama dengan aku kita ride along together. Boleh juga plan dengan kawan dan paling penting jangan lupa perbaharui lesen memandu sebelum tamat tempoh dan juga perbahrui cukai jalan.
Jangan nak ngelat ya
Artikel menarik untuk anda:
ADUH SANGKUT LAGI
Kesesakan trafik sudah menjadi lumrah dan biasa berlaku bila kita berada di bandar-bandar besar. Masalah yang dihadapi ini bukan saja berlaku di…... Baca selanjutnya »
MEMBAZIR ITU MERUGIKAN
Rambang mata betul bila pergi ke Bazar Ramadhan. Macam-macam juadah berbuka puasa yang mahu dibeli. Maklum sangat bila perut sedang menahan lapar…... Baca selanjutnya »
DAMAILAH DISANA
Rasa seperti baru semalam saja aku berbicara dengan mu sahabat. Senyuman dan gurauan yang kau lemparkan sungguh membuatkan duniaku seakan menari-nari diatas…... Baca selanjutnya »
RIDE BUKA PUASA BAGAN LALANG
Hari ni macam biasa lepak dekat pejabat sambil follow up prospek. Sambil-sambil belek database tiba-tiba terdengar salah seorang daripada kami ajak makan…... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions