Satu hari ini terasa rindu betul dengan suasana kampung di Kedah. Pengalaman tinggal di negeri jelapang padi ini memberikan seribu satu kisah yang menjadi kenangan dalam hidup aku. Teringat lagi satu ketika dahulu waktu mula-mula melangkahkan kaki ke negeri orang. Bayangkan seorang budak bandar datang ke desa.
Mula-mula tu memang terasa kekok dengan persekitaran baru yang tak pernah dirasakan sebelum ini. Tiada hiruk pikuk dan bingit kenderaan yang lalu lalang seperti di bandar tempat aku tinggal. Yang ada cuma kedengaran bunyi haiwan-haiwan peliharaan yang dibela di kawasan sekitar rumah.
UDARA YANG SUNGGUH NYAMAN
Udara segar waktu pagi memang sungguh mendamaikan. Walaupun cuaca terasa sedikit panas namun pada waktu siang tapi tidak lah seterik di bandar yang penuh dengan asap-asap daripada kenderaan. Syahdu nya melayan deruan angin yang menghembus kemuka memberikan ketenangan yang tidak disangka-sangka.
Sepoi-sepoi bahasa menyembuhkan hati yang terlalu rindukan keluarga yang jauh beratus kilometer. Pernah satu ketika saat kesedihan begitu menyelubungi dalam diri, terasa seakan banyak perkara yang dilakukan serba tidak kena, aku tercari-cari kepada siapa hendak diluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.
KUAT DALAM MENEMPUH DUGAAN
Aku mengambil keputusan untuk mengasingkan diri dan berjalan seorang diri di kawasan bendang yang terbentang luas di hadapan mata. Berlatar-belakangkan pemandangan Gunung Jerai yang tersergam megah, memberikan keyakinan semula untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Bila hujan turun membasahi bumi, maka aku akan berasa sangat gembira dan teruja. Setiap titisan air yang jatuh ke tubuh memberi satu kesegaran untuk aku terus kuat menempuh segala halangan yang datang. Aku biarkan aliran air hujan mengalir keseluruh badan dan cuba masuk ke dalam aura ketenangan yang mendamaikan.
SYUKURI RAHMAT DAN PEMBERIAN MAHA ESA
Kini bila aku rasakan sesuatu perkara berlaku dalam hidup dan dalam masa sama terasa begitu menghimpit maka aku akan sentiasa membayangkan yang aku seolah-olah berada di lapangan jelapang padi yang indah. Aku akan ambil masa untuk bersendiri dan sentiasa berfikiran positif dalam segala hal.
Ada satu perkara yang aku belajar. Dalam hidup ini kita haruslah sentiasa bersyukur dengan apa sahaja nikmat dan rezeki yang telah Allah kurniakan. Ikutlah resmi padi, semakin tinggi semakin menunduk. Sentiasa ingat asal usul dan jangan pernah sekali-kali sombong dan kufur nikmat. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih buat mereka yang sentiasa rasakan diri lebih hebat daripada orang lain.
Minta supaya tidak tergolong bersama serta dijauhkan daripada sebarang malapetak dan bencana nauzubillah.
Artikel menarik untuk anda:
RINDU PADA YANG JAUH
Perasaan bila berjauhan dengan anak-anak memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Aku akui bila tak dapat nak melihat mereka setiap hari seperti…... Baca selanjutnya »
BUKAN DISINI PASTI DISANA
Aku perhatikan kereta yang lalu lalang didepan. Semuanya bergerak dengan laju dan pantas. Betul lah kata orang bila tinggal di bandar…... Baca selanjutnya »
BERANI BERIMPIAN
Barulah aku faham sekarang mengapa bila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita perlu tetapkan sasaran ataupun matlamat yang ingin dicapai. Bukan buat sekadar…... Baca selanjutnya »
PILIHAN ITU ADA DITANGAN
Sering kali ketika ingin membuat keputusan, pastinya kita akan terburu-buru melakukannya. Tapi pernah ke tersedar, bila melakukannya tanpa berfikir panjang, pasti akan…... Baca selanjutnya »
RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP
Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions