Perasaan bila berjauhan dengan anak-anak memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Aku akui bila tak dapat nak melihat mereka setiap hari seperti selalu membuatkan kehidupan aku rasa seperti tidak lengkap. Seperti ada satu ruang kosong yang tidak terisi dalam jasad aku.
Biasanya bila bangun pagi, pasti aku akan mencium kepala mereka yang sedang nyenyak tidur. Kadang aku kacau hidung atau telinga mereka dengan cotton bud dan serta merta budak-budak tu akan marah. Walaupun marah tapi tetap mata terpejam tak boleh nak dibuka. Biasanya macam tu memang dah mengantuk sangat tu. Comel betul kelaku mereka.
LAIN NYA PERASAAN ITU
Sekarang ini mereka dah dekat kampung. Kalau dekat mungkin tak terasa sangat tapi bila jauh sampai ke Sandakan dan nak pergi sana pun kena naik kapal terbang, memang tak boleh nak buat apa lah. Hanya panggilan video menjadi pengubat rindu dengan mereka. Baru sebentar tadi dapat melihat gelagat mereka bersama saudara mara yang lain.
Abang mungkin dah besar dan ada ramai kawan-kawan boleh bermain bersama-sama. Tapi bila dapat bercakap dengan adik, langsung luluh hati bila lihat dia memanggil nama aku. Babah, babah! Sambil menangis nak peluk. Mummy terpaksa menenangkan adik yang dan meronta-ronta minta dilepaskan.
TIDAK DAPAT MENAHAN SEBAK
Allahu, sayunya hati aku bila melihatkan keadaan itu. Bila adik tak berhenti menangis aku pun terus putuskan talian video buat sementara. Aku sendiri tak boleh nak menahan sebak. Berjujuran air mata aku mengenangkan kerinduan terhadap mereka. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Hanya mereka yang telah mengalami pasti akan merasakan perasaan itu.
Bila aku sudah sedikit tenang barulah aku menghubungi mereka semula. Namun kali ini aku hanya buat panggilan suara biasa sahaja. Aku tidak mahu buat adik menangis bila terlihatkan wajah aku semula dalam panggilan video. Aku pun beritahu isteri supaya membawa mereka berjalan-jalan supaya mereka tidak teringatkan aku sangat di sini.
HANYA DOA DAKU TITIPKAN
Ya Allah Kau lindungilah kesayangan aku semua yang kini berada di kampung halaman mereka. Kau berikan lah limpah rahmat dan keredhaan Mu. Permudahkanlah urusan kami semua dan jauhkan keluarga kami daripada sebarang bahaya dan malapetaka. Hanya Engkau tempat kami memohon ampun dan perlindungan.
Semoga Allah SWT murahkan rezeki dan berkati setiap nikmat yang telah diberi. Sesungguhnya ikatan kekeluargaan yang harmoni itu merupakan anugerah terindah yang dikurnia dan tidak boleh dinilai dengan harta dan kebendaan. Maka jagalah ia sebaiknya agar kita tergolong diantara mereka yang sentiasa syukur dan meletakkan kebergantungan diri hanya pada Tuhan Yang Maha Menyayangi semata-mata
Artikel menarik untuk anda:
RINDU PADA BENDANG
Satu hari ini terasa rindu betul dengan suasana kampung di Kedah. Pengalaman tinggal di negeri jelapang padi ini memberikan seribu satu kisah…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
IBU, IBU SABAR TAU
Ibu, kenapa semua kawan-kawan taknak main dengan adik. Masa dekat sekolah waktu bermain, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan mereka saja. Tak ajak…... Baca selanjutnya »
KEDAI BUKU YANG PELIK
Aku belek satu persatu buku yang ada di kedai ini. Menakjubkan! Tidak pernah aku bayangkan ada kedai buku sebegini ajaib. Hampir setiap…... Baca selanjutnya »
RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP
Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions