• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP

RINDUKU PADA SUAMI TIDAK TERUNGKAP

7 March 2019 by sabrijati 2 Comments

Aku seorang suri rumah sepenuh masa. Suami lah yang menanggung segala nafkah dan perbelanjaan kami sekeluarga. Bagi suami, semua itu telah ditunaikan sebaiknya. Namun kerjaya suami sebagai seorang pegawai maritim sangat membuatkan aku berasa sedih.

Mana kan tidak, sudah enam bulan aku ditinggalkan oleh suami. Aku faham, disebabkan tuntutan kerjaya beliau yang perlu sentiasa berada di laut, menyebabkan kami terpaksa berjauhan walau tidak rela.

Cabaran Perhubungan Jarak Jauh

Bila suamiku berada di laut, sudah tentu susah nak berhubung dengan beliau. Kadang kala ada juga suami telefon dan buat panggilan video, namun tentunya aku rindukan perbualan secara berhadapan dengan beliau.

Bila berbual secara berdepan ni, aku boleh melihat raut wajah beliau, lirikan matanya dan senyum manis yang sentiasa buatkan hatiku cair. Sayu melihat gambar suami yang aku letakkan di sudut katil. Ku dakap erat gambarnya.

Doa Sebagai Pengubat Rindu

Setiap kali selepas selesai solat, aku pasti mendoakan kesejahteraan suami yang sentiasa bekerja keras untuk kami. Aku tau walaupun beliau berada jauh, namun hatinya juga sentiasa teringatkan aku disini.

Semoga urusan nya berkhidmat di lautan dalam dipermudahkan dan aku sangat-sangat berharap yang suamiku akan pulang segera ke pangkuanku. Semoga selepas ni ada sinar yang lebih baik buat kami berdua dan kami tak perlu berjauhan begini selamanya.

Abang. Jangan tinggalkan aku seorang diri lagi.

Artikel menarik untuk anda:

KAMI TUNGGU ABANG PULANG

KAMI TUNGGU ABANG PULANG

Coklat panas itu aku hirup perlahan-lahan. Nyaman sungguh udara terasa apabila hujan turun membasahi bumi. Pemandangan tasik yang sungguh indah dari balkoni…... Baca selanjutnya »

TERIMA KASIH SM SARENA

TERIMA KASIH SM SARENA

Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Hari ini Sabri menerima jemputan menghadiri jamuan berbuka puasa daripada SM Sarena Mohamad…... Baca selanjutnya »

HADIAH BUAT CIKGU

HADIAH BUAT CIKGU

Kerjaya sebagai seorang guru memang menjadi cita-citaku sejak kecil. Tiada perasaan yang boleh digambarkan apabila aku telah lulus dengan cemerlang dan dipilih…... Baca selanjutnya »

KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING

KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING

Naik turun, jatuh bangun selama 12 tahun sebagai seorang tukang gunting rambut berkaliber tentunya membuatkan nama Pedo disebut-sebut selalu oleh pelanggannya. Jenis…... Baca selanjutnya »

RINDU PADA YANG JAUH

RINDU PADA YANG JAUH

Perasaan bila berjauhan dengan anak-anak memang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Aku akui bila tak dapat nak melihat mereka setiap hari seperti…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « RAHSIA PERAP AYAM JADI LEBIH PADU !
Next Post: HAPPY ANNIVERSARY SAYANG »

Reader Interactions

Comments

  1. Dayang

    10 March 2019 at 4:40 pm

    tukar kerjaya lebih baik, untuk bahagia

    Reply
    • sabrijati

      14 March 2019 at 2:52 am

      Betul. Itulah sebaik-baiknya. Kebahagiaan bukan setakat wang ringgit. Masa yang diluangkan bersama tersayang juga salah satu nikmat rezeki.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme