Rumah Impian

Budak-berenang

Semua orang tentu ada impian masing-masing. Sama juga macam aku. Waktu kecil dulu, aku teringin sangat nak tinggal dekat kondominium. Bukan apa, biasanya dekat kondominium ni ada kolam renang kan.

Tak tahulah kenapa. Aku memang suka sangat dengan kolam. Bila berada dekat dengan kawasan kolam, datang satu perasaan yang sangat tenang dalam jiwa aku. Bila aku perhatikan air-air yang beralun, aku dapat rasakan yang diri aku juga terbuai dengan alunan tu.

Diberhenti Kerja

Ingat lagi satu ketika dulu, aku tengah usahakan untuk membeli sebuah rumah kondominium. Hari-hari aku bekerja dengan rajin. Aku buat overtime, kerja sampai lewat malam supaya aku dapat kumpul duit banyak-banyak. Sampai kan kadang-kala aku tidur dekat pejabat tempat aku bekerja.

Tapi semua tu tak menjamin aku akan kekal bekerja di syarikat tu lama. Disebabkan satu kes kecurian jam loceng yang berada di atas meja salah satu staff, aku dituduh sebagai pencuri oleh majikan. Aku ditendang dan disepak oleh majikan.

Aku tak tau apa-apa pun. Bukan aku yang curi jam tu. Dan kalau mereka minta aku ganti, aku akan ganti dengan jam baru. Tapi disebabkan kejadian itu, reputasi aku sebagai pekerja terbaik tercalar. Aku dibuang kerja serta merta.

Sedih Dan Kecewa

Hanya Tuhan saja yang tau betapa hancur luluhnya perasaan ku ketika itu. Aku berusaha keras siang dan malam untuk mengumpul duit membeli rumah yang aku idam-idamkan. Aku telah hilang punca pendapatan. Aku perlu mencari kerja baru.

Namun aku sedar yang bukan mudah untuk mendapat pekerjaan baru. Dengan kelayakan ku hanya setakat Ujian Penilaian Sekolah Rendah tentu banyak syarikat yang memandang sinis dengan aku. Sedih nya hati ini nak kemana aku bawa diri.

Rezeki Allah Maha Luas

Satu petang, aku bawa diri ke Masjid Negara. Setelah selesai solat Asar berjemaah, aku rehat di tepi salah satu kolam yang ada di masjid tersebut. Bila melihatkan kolam yang air nya jernih itu, tiba-tiba aku merasakan satu perasaan yang sangat menenangkan.

Telefon ku tiba-tiba berdering. Kawan ku Kadir menelefon bertanyakan khabar. Aku jawab sekarang aku tiada kerja. Mendengar keluhan ku itu, Kadir segera menawarkan peluang bekerja di perusahaan beliau.

Rupanya Kadir adalah seorang ahli perniagaan berjaya. Beliau mengusahakan satu syarikat industri dekorasi dalaman rumah. Selepas selesai ditemuduga oleh staff beliau, aku diterima bekerja di perusahaan Kadir. Aku bersyukur sangat tanpa sedar air mata aku menitis jatuh ke bumi.

Tercapai Akhirnya

Setelah setahun bekerja, akhirnya aku dinaikkan pangkat sebagai pengurus operasi. Alhamdulillah dengan pendapatan ku kini yang mencecah 5 angka sebulan, akhirnya aku berjaya membeli satu unit residensi di Verve Suites Mont Kiara.

Memang cantik rumah yang aku beli ni. Bukan setakat ada kolam renang sahaja, siap ada pantai lagi ataupun penduduk kat sini panggil ‘beach in the sky’. Memang seronok sangat sebab segala penat lelah yang aku usahakan selama ini akhirnya terbalas jua. Apa-apa pun aku sangat bersyukur dengan kehidupan aku sekarang.

Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah SWT.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge