okay. terus terang aku cerita. aku dah banyak kali jumpa sales advisor kereta sebelum ni. yelah, pengalaman aku selama 10 tahun daripada tahun 2010 sampai 2020, ni dah masuk kali ke empat aku beli kereta. so, bermakna dah 4 kali aku berurusan dengan sales advisor ataupun biasanya kita panggil SA lah singkatan dia.
dan kalau ikutkan tak semua SA yang aku jumpa terus aku ambil kereta dengan dorang. ada setengah tu cuma tanya-tanya je dulu. ada yang okay dan ada yang baik, ada yang garang muka tak senyum, ada yang kita tanya sepatah dia jawab sepatah. macam-macam.
ada setengah tu aku baru masuk je kedai kereta dorang dah sambut, ada setengah tu kita dah tengok-tengok kereta pun masih biarkan kita sorang-sorang. tapi sebenarnya lagi senang kalau takde orang ikut belakang kikiki. itu masa belum submit kereta, lain pula bila dah submit.
ada setengah SA yang akan pulun habis-habisan tolong kita untuk dapatkan loan. ada setengah yang kalau loan tak approve tu terus dia cakap tak lepas je. ada setengahnya pula kalau loan tak lepas dia siap ajar lagi kita macam mana supaya kita boleh dapat kelayakan untuk beli kereta yang kita minat.
so tu real story pengalaman aku sendiri. beza bila aku jumpa kak siti. kak siti ni dulu SA aku masa beli kereta proton ertiga. masa tu ada beberapa SA proton yang aku jumpa, dan semua bagitau loan aku susah nak approve sebab aku fully berniaga. kira macam statement tak strong lah.
tapi dengan kak siti beliau ni lain sangat. beliau siap educate aku lagi macam mana supaya aku boleh layak untuk terima loan kereta daripada bank. kak siti ajar aku buat itu, ajar aku buat ni, sampailah last sekali alhamdulillah aku berjaya juga keluar kereta proton ertiga untuk kegunaan ayah aku buat grab.
dan ingat tak artikel aku yang lepas yang ni, kak siti ni dah tak kerja kat proton kan? rupanya kak siti dah kerja dekat honda dah sekarang. rupanya kes aku nak beli honda city yang aku tukar daripada x50 tu, abang jega pass kan dekat kak siti rupanya. ya ALLAH kecilnya dunia ni bila aku dapat tau.
bila kak siti tau je yang order ni aku punya, apa lagi beliau terus buat laju-laju dan ikutkan dalam minggu ni juga aku dah boleh dapat kereta. siap kak siti dah reserve kan lagi untuk aku ready stock. cuma sebab nak tunggu ncd kereta lama, tunggu insurans tu expired lagi 2 minggu, kak siti advice untuk aku tunggu je sekejap.
aku pun tanpa bantah, aku iyakan je apa yang kak siti cakap hihi. seba aku tau, itu mesti untuk kebaikan aku. so apa lagi aku nak cakap? syukur alhamdulillah untuk kali ni urusan aku ALLAH swt permudahkan lagi sekali. aku harap semuanya lepas ni berjalan dengan lebih lancar amin ya rabb.
kalau ada sesiapa nak beli kereta aku memang rekemenkan sangat korang deal dengan kak siti. korang boleh pm aku kat whatsapp aku ni. nanti aku boleh kenalkan korang dengan kak siti. layanan terbaik kak siti boleh offer dengan korang. insha ALLAH. aku doakan juga korang dapat beli apa je kereta idaman korang. amin ya rabb.
ps: kalau nak beli kereta jenama lain pun boleh.
Artikel menarik untuk anda:
Dilema antara X50 dengan Honda City
Tadi pagi aku ada whatsapp abang Jega dan tanyakan tentang kereta x50 yang aku booking tu bila boleh tau harga. Kemudian tak…... Baca selanjutnya »
Tips beli kereta Honda City 2020 untuk orang yang berniaga
Okay cerita dia macam ni. Dulu aku pernah nak beli kereta proton persona. Masa tu tahun 2018. Aku still lagi meniaga kat…... Baca selanjutnya »
Kenapa aku pilih nak ambil Honda City baru?
Okay sambungan pasal kereta tu. Bila abang jega kata aku boleh pilih sama ada nak ambil kereta Honda City ke x50, aku…... Baca selanjutnya »
KENAPA SALES SUSAH MASUK?
Pening weyh bila kau dah buat macam-macam cara, tapi still lagi susah nak dapatkan sales itu. Apa je aktiviti yang kau tak…... Baca selanjutnya »
Apa nak buat bila gagal capai target sales?
Ada ramai orang yang kecewa bila tak dapat capai apa yang dorang dah target. Contoh macam dalam bisnes yang aku buat ni….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions