Sampai bila nak salahkan orang lain

hidup-ini-sangat-singkat

Hari ni buat aku termenung panjang. Siang tadi aku pergi kenduri kahwin family mama papa. Rasanya memang dah lama tak jumpa keluarga ini. Last yang betul-betul jumpa pergi ke rumah masa kecil-kecil dulu je. Bila dah besar ni kadang terserempak masa kat kedai dorang berniaga je.

Sejak lahir dah kenal adik beradik ni semua. Membesar sama-sama masa itu. Tapi bila dah berpindah ke Cheras terus lost contact. Bila dah ada social media je baru boleh stalk daripada profile. Tapi masing-masing semuanya dah besar. Dah jadi orang yang hebat dah semua sekarang.

Perbezaan ketara dengan diri sendiri

Masa aku niaga kat pasar malam dulu, aku selalu tengok kejayaan orang lain yang sebaya dan seusia dengan aku. Aku kenal sorang-sorang orang yang berjaya ni macam mana perangai dorang semua. Aku ada ramai kawan dulu. Ada yang berjenis, dan ada yang tak berjenis langsung. Hihi.

Tapi bila masa berlalu, aku dapat tengok sendiri perubahan yang berlaku dalam hidup dorang. Ada yang dah beli rumah 2-3 biji. Ada yang dah mampu pakai kereta continental yang mahal-mahal. Ada yang dah jadi somebody dalam company tempat bekerja sekarang. Ada yang dah tak duduk Malaysia tinggal kat luar negara.

Keluar daripada kehidupan yang suka menyalahkan orang

Aku pula masih dengan kehidupan aku yang selalu menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku dalam hidup aku sendiri. Perniagaan aku tak laku, aku salahkan kerajaan sebab laksanakan cukai GST. Perniagaan aku takde orang nak beli, aku salahkan pembekal yang menaikkan harga barang melambung tinggi.

Perniagaan aku jatuh terduduk masa tu aku salahkan pemilik tapak perniagaan yang aku sewa. Semuanya aku salahkan orang. Itu tak kena. Ini tak betul. Orang ni salah. Orang ni tak suka dengan aku. Semuanya aku tuding jari ke orang lain. Yang paling teruk aku persoalkan kepada Tuhan kenapa atur kan jalan hidup aku jadi macam ni. Astaghfirullah hal azim.

Sentiasa ada keinginan untuk nak perbaiki diri

Bila aku dah berada dalam platform perniagaan aku yang sekarang, secara jujur ya memang dah banyak ubah sudut pandang aku sendiri. Aku dah taknak lagi salahkan orang lain atas kelemahan aku sendiri. Perniagaan kali ini buka kan mata aku yang bila kita tak dapat capai apa yang kita nakkan tu sebenarnya kita belum betul-betul usaha untuk dapat capai impian yang diharapkan.

Bila kita boleh mengaku kesalahan sendiri baru lah kita boleh perbaiki kat mana yang kurang. Selagi kesedaran macam ini belum dapat di timbulkan dalam diri, percayalah akan lebih banyak masa lagi yang diperlukan untuk kita berjaya di atas muka bumi ini. Yang paling teruk bila kita salahkan takdir yang buatkan semua ni terjadi. Nauzubillah minta simpang.

Bila bersyukur, pasti Allah SWT tambahkan lagi rezeki

Aku belajar bersyukur dengan apa sahaja pemberian yang telah diberi. Aku belajar untuk menghargai apa yang aku ada dan tak lagi memandang apa lagi yang aku masih belum dapat. Sebab Allah dah susun kan elok-elok dah jalan hidup kita ini. Kau kena percaya betul-betul kalau kau nak berjaya dalam hidup.

Ada 3 perkara yang Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi yang kita tak boleh ubah. Ajal, jodoh dan rezeki. Berserah lah bulat-bulat atas apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku. Sentiasa ingat dan pesan dalam diri. Andainya perancangan kita berhasil, ucaplah alhamdulillah. Andai perancangannya itu tidak menjadi, kena ucap 2 kali alhamdulillah.

Sebab sesungguhnya, Allah SWT itu adalah sebaik-baiknya merancang. Wallahualam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge