SAMPAI BILA NAK TUNGGU

Kepanasan-melampau

Panas betul cuaca aku rasa hari ini. Biasanya cuaca taklah terik sangat. Mungkin musim kemarau bakal tiba. Sudahlah bulan puasa semakin dekat. Ujian puasa tahun ni lebih mencabar jika keadaan seperti ini berlanjutan. Bila panas macam ni memang muka pun pun jadi gelap dan rentung kemerah-merahan.

Apa boleh buat, kerjaya sebagai penghantar makanan yang menunggang motosikal setiap hari ini memang selalu terdedah dengan perubahan cuaca yang tidak menentu. Boleh jadi waktu pagi terlampau panas, tiba-tiba sebelah petang hujan turun selebat-lebatnya pula.

KERJA KERAS

Begitu juga sebaliknya. Mahu atau tidak, antibodi badan ini kena lah sentiasa berada pada tahap tinggi. Walau kuat macam manapun, ada masa kalau dah tak menahan memang tumbang juga jawabnya. Bayangkan lah, dah sepuluh tahun aku bekerja dalam bidang ini. Macam-macam pengalaman yang aku dah hadap.

Itupun kalau dah sampai waktu, memang kecundang juga bila main dengan cuaca ini. Berapa ramai rider baru yang datang ke sini untuk mencari peluang pekerjaan, kadang tak sampai 3 bulan berhenti. Aku perhatikan saja, silih berganti partner yang bertugas sekali dengan aku. Hari ini orang baru, esok dah tak datang kerja. Sehari pun kadang dah tak tahan.

SILIH BERGANTI

Aku memang tak hairan pun kalau ada yang pergi dan tak kembali lagi bekerja sebagai delivery ini, sebab tugas sebagai rider ini memang perlukan kekuatan daripada segi mental dan fizikal. Aku faham sangat. Kalau sebelum ini memang tak pernah kerja luar dan dah biasa duduk dalam kawasan yang ada pendingin hawa, pasti akan rasa tercabar sangat.

Tak semua orang sanggup berhujan berpanas setiap hari. Entahlah. Aku pun tak tahu sampai bila boleh bertahan dengan kerja sekarang. Ikutkan aku memang nak cari peluang yang lebih baik, tapi belum berjumpa dengan yang sesuai lagi.

COMFORT ZONE

Gaji pun tak pernah naik. Setakat seribu empat ratus sebulan, duduk dekat dalam bandar besar macam ini entah bilanya aku boleh menyimpan duit untuk berkahwin. Umur pun dah makin lanjut. Dua tiga tahun lagi dah nak cecah 40-an.

Mak aku pun dah bising anak kesayangannya belum bertemu jodoh. Buntu juga sebenarnya bila difikir-fikirkan balik. Aku rasa dah sampai masa nak kena cari kerja lain pula. Aku kena keluar daripada zon selesa aku sekarang. Jika berterusan macam ini, sampai bila-bila kehidupan aku takkan berubah.

TANGGUNG JAWAB

Melihatkan kawan-kawan lain yang sudah beranak-pinak, sudah ada rumah sendiri, membuatkan aku berasa cemburu dengan kejayaan dan hasil yang telah diperoleh. Ada juga diantara mereka yang mengajak aku supaya berniaga atau berjualan bersama-sama. Idea yang sangat menarik. Aku sangat terharu kerana mereka selalu mengambil berat tentangku.

Ya, aku harus mulakan hidup yang baru. Aku juga ada impian yang belum terlaksana. Aku ingin menghantar ibuku mengerjakan haji di Baitullah. Ibu pula telah lanjut usianya. Aku akan pastikan supaya impian ibuku akan terlaksana juga. Semoga Allah permudahkan urusan aku. Aku kena berani mengambil langkah yang lebih drastik kerana masa itu tidak akan sekali-kali pernah menunggu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge