SAMPAI KE TUA

Cinta-hujung-nyawa

Aku duduk didalam kereta sambil menunggu isteriku yang sedang membeli barangan di pasar raya. Aku berasa sangat letih hari ini kerana seharian berada di pejabat. Banyak kerja tertangguh yang perlu diselesaikan. Bertimbun-timbun fail di atas meja ku tadi yang perlu diuruskan dengan segera.

Aku membiarkan isteriku membeli barangan rumah seorang diri di pasar raya. Lagipun anak-anak sedang tidur dan elok sangat kalau tidak dikejutkan mereka yang nyenyak dibuai mimpi. Jadi peluang untuk ku curi-curi rehat melepaskan lelah. Dapat rehat lebih kurang setengah jam pun sudah memadai bagiku.

TERUJA

Sedang aku berehat sempat aku membaca beberapa muka surat ‘ebook’yang baru ku beli, tiba-tiba aku perasan sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia berpimpin tangan menuju ke kereta mereka. Aku meneka pasangan yang berada didepan ku ini seusia dengan atuk dan nenekku. Lebih kurang 70-an begitu.

Aku lihat mereka masih kuat membeli barangan rumah bersama-sama di pasar raya. Melihat gelagat mereka membuatkan aku berasa lucu. Si suami mencuit isteri dan si isteri pula mencuit suami. Mereka nampak sungguh bahagia walaupun sudah berada di usia senja. Keletah mereka lagak pasangan muda mudi yang sedang di lamun cinta.

SETIA

Aku perhatikan saja mereka. Tiba-tiba hatiku merasa sayu. Betul lah kata orang. Cinta itu tidak mengenal usia. Apa yang paling penting dalam satu-satu perhubungan ialah bagaimana kita bertolak ansur dengan pasangan dan seberapa kuat kita menahan diri daripada godaan yang cuba meruntuhkan kesetiaan. Bila berjaya kita melepasi halangan, tiada siapa yang boleh menggugat kebahagiaan.

Walaupun Tuhan perlihatkan situasi itu didepan mataku nampak seperti biasa saja bagi orang lain, namun aku belajar banyak perkara daripada peristiwa tersebut. Bila kita belajar untuk menerima baik dan kurang pasangan dari situlah datangnya kesetiaan. Sayangilah pasangan sehidup semati dan belajarlah untuk menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge