aku belajar satu benda dalam dunia bisnes ini, kita bukan berniaga semata-mata untuk dapatkan keuntungan kita sahaja. tapi dalam masa yang sama kita sebenarnya ada misi yang lebih besar dan lebih penting selain daripada kita fikirkan bahagian kita je.
apa misi yang lagi penting itu? misi dia ialah macam mana kita nak bantu buka peluang untuk orang lain sama-sama niaga dengan kita dan dalam masa yang sama kita bantu untuk ubah kehidupan orang itu jadi lebih baik daripada sebelum ini. satu tanggungjawab yang besar sebenarnya.
Timbulkan kesedaran
saya sendiri daripada pengalaman sebelum ini, saya adalah seorang yang takut untuk nak buat bisnes yang saya tak biasa buat. takut untuk melakukan apa-apa tindakan. sudahnya saya duduk stuck kat situ tak pergi kemana-mana.
sampailah satu fasa itu, bila kawan saya offer bisnes jualan yang kitorang tengah buat sekarang, dia bantu saya sedarkan tentang tanggungjawab saya sebagai seorang ketua keluarga dan macam mana saya kena keluar daripada masalah yang saya tengah tanggung.
Tak pernah putus asa
dalam masa yang sama dia sentiasa tak putus asa, ajar saya macam mana jadi seorang ejen jualan yang baik dan sabar dalam melayan karenah saya yang kadang kala lalai dalam mengerjakan atau menyiapkan satu-satu tugasan yang diberikan.
daripada situ saya terinspirasi dengan dia dan berusaha untuk jadi orang yang lebih baik daripada saya sebelum ini. saya banyak belajar macam mana nak improvekan diri dan sentiasa berani berhadapan dengan apa saja cabaran yang datang.
Perbaiki diri selalu
bila kita jadi seorang ketua, ataupun seorang leader, kita mesti bantu semua orang dengan menyampaikan ilmu yang baik dan bermanfaat. mungkin ada sesetengah idea yang kita lontarkan itu tak semua orang boleh faham dan hadam.
tapi percayalah, bila kita sampaikan sesuatu perkara yang betul insha ALLAH lama-lama orang akan mula sedar tentang apa yang kita dah sampaikan sebelum ini. setiap orang ada pilihan untuk menilai mana baik dan buruk, tapi kita kena sentiasa ingat selalu.
ALLAH sentiasa melihat setiap perbuatan yang kita lakukan.
Artikel menarik untuk anda:
Sampaikan sesuatu ilmu dengan penuh kesabaran
Bukan senang kita nak educate orang ini. Ada setengah orang boleh terima apa yang kita bagitau. Ada setengah orang dia susah nak…... Baca selanjutnya »
Dipuji kerana pandai memilih bauan minyak wangi yang baik
Dulu masa sekolah aku ini salah seorang yang suka guna minyak wangi. Mungkin dah jadi kebiasaan sebelum solat aku akan gunakan pewangi…... Baca selanjutnya »
MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
Bukan main mengantuk lagi aku rasa hari ini. Manakan tidak, daripada pagi sampai ke petang penuh dengan aktiviti yang harus diusahakan. Ada…... Baca selanjutnya »
Pentingnya jaga ‘circle’ yang baik
Bila kita selalu dengar tentang pentingnya berkawan dengan orang yang baik-baik, mesti kita akan rasa hal ini macam satu perkara yang klise….... Baca selanjutnya »
Buat sesuatu pasti ada baik dan buruknya, berhati-hatilah
Bila kita dalam bidang perniagaan ini, nak tak nak kita kena terima yang setiap perkara yang kita buat itu akan ada baik…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions