Sampaikan sesuatu ilmu dengan penuh kesabaran

sabar-1

Bukan senang kita nak educate orang ini. Ada setengah orang boleh terima apa yang kita bagitau. Ada setengah orang dia susah nak masuk dalam kepala. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Penerimaan orang tentang apa yang kita cuba sampaikan itu lain-lain. Bergantung dengan pengalaman orang itu sendiri macam mana dia dah lalui hidup dia selama ini. Kita manusia tak sama.

sabar dengan semua situasi yang kita hadap

Berterus terang tentang apa yang kita beritahu

Bila kita cuba bagitau tentang pandangan dan pendapat yang kita dah belajar sebelum ini, penting kita bagitau sesuatu perkara itu dengan jujur dan ikhlas tanpa kita cuba nak selindung apa-apa.

Yelah, orang yang nak terima apa yang kita bagitau itu mestilah boleh perasan yang kita ini sebenarnya tengah sampaikan perkara betul ke atau kita sebenarnya nak main-main kan dia je.

sampaikanlah ilmu yang bermanfaat

Fikir yang baik-baik, semuanya akan baik-baik

Bila kita dah cakap perkara yang betul dan baik terpulang lah lagi orang itu nak percaya ke tidak. Janganlah kita rasa rendah diri dan rasa nak give up. Kita kenalah banyakkan sabar.

Berharap yang orang itu nanti boleh terima dengan hati yang terbuka. Kita doakan yang baik-baik ke dia. Semoga Allah permudahkan untuk dia terima apa ilmu yang kita dah cuba sampaikan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge