Sanggup kau cakap isteri kau banyak songeh

sayangi-isteri

Ada ke patut kau cakap macam itu. Kau ini memang tak baik lah. Itu kan isteri kau sendiri. Kan ke dia yang lahirkan anak kau. Bukannya orang lain. Dia yang menanggung sakit pening 9 bulan mengandungkan anak. Awal mengandung tu pening, muntah-muntah makan pun tak selera.

Asal makan je keluar balik. Makan je keluar balik. Buat apa pun rasa tak kena. Rasa macam nak baling je apa barang yang ada kat sebelah. Jangan cakap pasal mood lah. Fikiran ini bercelaru entah apa je benda yang difikirkan dalam otak. Serabut kau tau?

Ni tengah duk bayangkan ini, apa lah rasa sakitnya melahirkan tu. Sebelum ini dengar orang cerita pun dah rasa seriau yakmat. Lepas ini nak kena alami sendiri lagi lah tak boleh nak hadap. Menggigil-gigil, seram sejuk tak semena-mena.

Walaupun perasaan tak sabar nak jumpa anak sendiri tu memang ada, tapi perasaan nak tanggung sakit beranak tu lagi buatkan kepala jadi tak tentu hala. Dah lama sikit, time ini mula lah perut tu mengidam nak makan macam-macam. Sampai kau naik rimas nak kena pergi cari.

Kesian kat isteri mengidam nak makan tapi tak dapat

Kau pun dalam keadaan terpaksa, pergilah cari sampai jumpa apa yang isteri kau nak. Baru kena cari sikit, mula lah merungut. Biasa takde pun nak makan macam ini, sekarang ini pula tiba-tiba nak minta makanan yang pelik-pelik.

Kena pula jenis makanan tu susah nak jumpa orang jual. Susah jumpa tu satu hal, tapi kalau tiba-tiba isteri kau teringin nak makan makanan yang dia pernah makan dulu, tapi tempat tu jauh kau nak kena pergi beli. Mula lah kau bising-bising. Belikan kat kedai lain yang lagi dekat taknak. Nak juga kat kedai yang jauh.

Bila dah kau bising, isteri kau pun diam lah tak cakap pape. Telan air liur je dia tak dapat nak makan benda yang dia mengidam sangat tu. Yeye lah dia ingatkan kau pergi beli senyap-senyap tapi haram kau tak pergi pun. Kau kata kau ada banyak kerja nak kena buat.

Dulu bukan main, masa bercinta sanggup sampai pukul 3-4 pagi hantarkan makanan kat rumah. Kononnya taknak bagi dia rasa lapar langsung. Tapi bila dah kahwin, dah dapat apa yang kau nak, dah jadi isteri kau yang sah, kau buat endah tak endah je ke dia. Terperuk lah dia dalam bilik sorang-sorang. Dah la mabuk pun tak hilang lagi.

Dah nak bersalin pun masih sibuk denga kerja

Sampai lah masa yang ditunggu-tunggu. Lepas dah harung 9 bulan punya fasa mengandung yang memang struggle gila tu, waktu ini lagilah perasaan tu dah tak menentu. Bayangkan start daripada sakit yang kejap datang kejap hilang, lepas itu cm makin terbuka lagilah tambah sakit. Baby dah mula turun ke bawah. Sampai berhari-hari rasa macam itu.

Macam dah nak terberanak tapi belum lagi. Nasib baik kau jenis yang bawa cepat pergi hospital. Kalau kau jenis nak tangguh-tangguh lagi nak fikirkan pasal kerja kau juga padahal isteri kau tengah fikir pasal hidup dengan mati ini aku tak tau lah nak cakap apa.

Sampai hospital wad penuh. Terpaksa tunggu atas kerusi roda. Sementara nak tunggu boleh baring atas katil tu, rasa macam nak terbuang air besar semua ada. Bila dah dapat katil, tukar baju wad baru lah rasa lega sekejap.

Tak lama lepas itu tumpah air ketuban, pedihnya waktu itu tak tau nak cakap kat sesiapa. Masa ini memang dia dah menjerit satu wad boleh dengar, menanggung sendiri atas katil. Kau cuma boleh tengok je dia berguling-guling. Tak boleh nak buat apa-apa. Tak boleh nak rasa pun sakit tu macam mana.

Sakitnya bersalin sampai tak boleh nak cakap

Kemudian masuk dalam bilik bersalin, kena tunggu pula lagi dalam tu entah berapa lama. Kalau sekejap takpe, kena sampai 6 jam dalam tu lagi lah sedih rasa nak nangis. Sakit dia sampaikan urat kepala ini semua dah terkeluar dah. Rambut dan menyeringai macam apa tah memang dah tak peduli.

Berpeluh habis basah baju wad warna ungu itu. Kau cuma boleh tolong ambilkan air dan bagi dia minum. Itupun sebab tekak dah terlampau perit bukannya nak minum sangat. Makan apatah lagi. Roti yang kau bagi tu memang tak tertelan dengan dia.

Bila semua petugas dengan doktor dan stanby nak sambut baby, kau cuma boleh duduk sebelah dan bagikan semangat je pun supaya dia kuat. Kau bukan boleh buat lebih daripada tu. Lepas tu kena pula cm tak cukup besar, doktor terpaksa gunting pula bahagian bawah supaya nak mudahkan laluan baby tu keluar.

Kau tau tak betapa sakitnya rasa kena gunting tu? Sakit gila kau tau tak? Doktor selamba je potong, yelah bukannya doktor tu boleh rasa sakit tu ke tak. Yang dia tau kalau dia tak buat macam tu, lagi boleh bahayakan baby takut lemas dalam perut.

Bila dah terlambat tak ada gunanya lagi

Kau nak tengok pun kau tak berani. Kalau kat luar kau lah hero. Nak tengok kau betul hero ke tak, sanggup tak kau nak sambut baby tu masa isteri kau tengah meneran. Kau cuma cakap kat sebelah dia sikit je lagi, sikit je lagi. Cara meneran yang betul pun kau tak tau. Kesian isteri kau dah lah tengah sakit kena marah pula lagi dengan doktor sebab salah cara teran.

Dalam 10 minit juga situasi macam itu, barulah dengar suara baby menangis. Dah macam apa nurse pegang warna hijau je dia keluar dengan basah-basah lagi. Mata dia belum boleh buka. Cuma dengar suara dia je. Isteri kau terpaksa menahan sakit nak kena jahit balik bahagian yang kena gunting tadi. Baru lah baby tu dorang bagi isteri kau peluk. Kau pun mula lah tunjukkan rasa syukur dan azan kan anak kau ikut syariat yang agama dah ajar.

Bila anak semua dah besar, isteri kau nak itu nak ini kau cakap ke dia banyak songeh. Seolah-olah kau dah lupa dengan semua kejadian yang pernah terjadi sebelum ini. Ingat bro. Macam mana hebat sekalipun kau, takkan boleh nak lawan hebat lagi isteri kau lahirkan anak kau. Kau tau tak?

Kau fikirkan lah balik. Ingat balik pengorbanan yang isteri kau dah lakukan semata-mata nak lahirkan anak kau. Tu belum cerita lagi bab masa nak besarkan, tak boleh tidur malam sebab anak selalu nangis. Itu pun kau tak boleh nak hargai. Bukan apa bro, sekarang mungkin kau takkan nampak semua ini. Tapi percayalah, kau akan mula sedar nanti bila isteri kau dah takde kat sebelah kau lagi.

Masa itu semuanya dah terlambat bro. Tiada maaf bagimu.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge