Memulakan langkah pertama, memang kadang kala terasa sukar. Pelbagai perkara yang bermain di dalam fikiran apabila memutuskan cuba untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Kadang kala ianya seakan-akan membelenggu kaki daripada terus mahu mengorak langkah ke hadapan.
Kisah-kisah kejayaan sebenarnya sudah terpampang jelas dihadapan mata. Tinggal lagi diri sendiri rasa tak pasti apakah betul mahu memperjudikan apa yang sedang di lakukan sekarang. Walaupun apa yang berlaku pada ketika ini, bukanlah seperti apa yang diimaginasikan waktu dulu-dulu.
JANGAN DIPERMAINKAN MARUAH DIRI
Keperitan, kepayahan dan kesengsaraan jiwa yang menikam-nikam dirasakan seperti sukar lagi mahu bernafas dan tenggelam ke dasar yang makin hari makin dalam, dalam, dalam. Hanya mampu menelan segala kepahitan dan membiarkan diri diperguna dan diperkotak-katikkan demi keuntungan orang lain.
Harga diri terasa begitu tercabar sedang diri sendiri tahu apa kelebihan, kebolehan dan kekuatan yang menjadi tunjang kepada segala yang telah seumur hidup ini lalui. Ditertawakan malah lebih daripada itu, dijadikan seperti kambing hitam demi memuaskan nafsu dan serakah harta orang lain.
TIADA APA YANG BOLEH MENGHALANG
Tidak semurah itu, tidak semurah itu. Jangan pernah lagi cuba merenggut apa yang seharusnya dimiliki. Bukan masanya lagi untuk merenung nasib dan menantikan keajaiban turun dari langit. Dikala usia sudah semakin lanjut, dikala peredaran masa terasa begitu pantas berlalu. Apa patut terus menerus menyalahkan keadaan yang berlaku disekeliling.
Bukalah mata. Lapangkan hati. Nilai yang ada pada diri itu sebenarnya lebih besar daripada apa yang sendiri bayangkan. Jangan lagi toleh kebelakang saat peluang yang menanti dihadapan terbuka seluas-luasnya. Lepaskanlah rantaian yang telah mengikat kaki, tangan dan leher itu. Kunci kejayaan telah pun dipindah milik.
BERSERAH DIRI BULAT-BULAT PADA MAHA PENCIPTA
Tiada lagi ketakutan yang harus tersimpan didalam hati dikala apa sahaja impian yang ingin dicapai sedang terpampang betul-betul didepan mata. Dengan lafaz Bismillah, bukalah satu-satu pintu itu dengan berbekalkan satu kunci keberanian sebagai seorang pahlawan dan pejuang kehidupan yang mahu bebas daripada segala kebelitan.
Allah SWT sentiasa melihat segala usaha yang sedang dilakukan. Niatkan dalam hati semoga segalanya dipermudahkan dan sentiasa diberi kekuatan dalam menempuhi baki hayat yang masih tinggal. Berserahlah bulat-bulat hanya kepada Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Apa yang lebih penting adalah kejayaan hidup di akhirat yang bakal tiba.
Beribu langkah bermula dengan satu langkah pertama. Bertindaklah bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi demi kebahagian insan yang sangat disayang.
Artikel menarik untuk anda:
SEMANGAT JITU
Melihatkan wajah anak-anak, sentiasa buatkan aku berazam bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik demi mereka. Sejak dari mereka lahir, hinggalah mereka membesar seperti…... Baca selanjutnya »
REZEKI ORANG LAIN-LAIN
Bila hari sudah gelap, aku suka melihat bintang di langit. Menenangkan dan sungguh mendamaikan. Walaupun hari yang aku lalui pada siangnya sangat…... Baca selanjutnya »
ANTARA KAU DAN AKU
Kejayaan bukan datang sekelip mata. Sentiasa ada masalah yang harus diatasi. Harus gagal berkali-kali barulah kau akan jumpa cara penyelasaiannya. Setiap kali…... Baca selanjutnya »
JUDILAH LAGI
Perlahan-lahan aku kunyah baki roti yang masih bersisa. Sudah berapa bulan aku tidak makan nasi. Selera makan juga sudah tiada lagi. Kerunsingan…... Baca selanjutnya »
KEJAYAAN BUAT MEREKA YANG BERSABAR
Puas rasa hati bila setiap hari dapat berikan masa untuk bersama dengan anak-anak. Melihat keletah mereka bermain dan bermanja, buatkan aku rasa…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions