SAYA TAHU AWAK PENAT

Isteri-tidur

Aku genggam erat tangan isteri yang sedang tidur. Kesian aku melihat wajah beliau yang penat bekerja siang dan malam membantu ku mencari nafkah. Pagi nya beliau meniaga nasi lemak, petang pula menjual goreng pisang dan keropok lekor.

Aku sapukan losen pada tangannya yang hangus digigit matahari panas. Dahinya aku picit supaya kurang ketegangan yang jelas kelihatan. Beliau langsung tidak sedar bila aku usik. Aku tampar nyamuk yang sedang mengganggu tidur.

CABARAN ZAMAN

Kadang kala aku berasa bersalah pula bila melihat isteri terlampau penat bekerja. Mana ada suami yang sanggup melihat isterinya didalam kesusahan tapi aku tidak mampu menghalang. Pendapatan ku sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya tidak cukup menampung keluarga kami.

Barang-barang keperluan asas semakin mahal. Bayangkan saja dengan duit RM 1063 ringgit sekarang, apalah sangat yang boleh dibeli. Memang betul kos sara hidup di tahun 2067 ni sangat tinggi. Bayangkan sepapan telur sahaja sudah berharga RM 94 ringgit

BELAJAR DAN BELAJAR

Namun aku sedar aku perlu membuat satu perubahan yang besar dalam hidup. Pengalaman aku sebagai pengawal keselamatan telah banyak mengajar aku bagaimana untuk berhadapan dengan pencuri yang selalu membuat onar di tempat ku bekerja.

Lalu aku pergi ke pusat latihan taekwondo dan belajar seni bela diri termasyhur ini. Aku tekun belajar teknik dan disiplin serta berusaha menempatkan diri sebagai antara pelajar terbaik di akademi. Dengan keazaman yang jitu, aku berusaha gigih dan fokus dengan setiap pelajaran.

USAHA DIBAYAR HASIL

Jurulatih ku sangat berpuas hati dengan kesungguhan dan komitmen yang aku tunjukkan. Aku menjalani beberapa ujian dan telah lulus dengan cemerlang. Tentunya perkara yang paling menggembirakan aku ialah dapat mengatasi perasaan kurang keyakinan diri dalam hidup.

Aku mendapat perkhabaran yang sangat tidak disangka-sangka. Aku ditawarkan menjadi jurulatih di akademi taekwondo tempat ku belajar. Bukan main gembira lagi bila aku beritahu pada isteri. Masakan tidak, gaji seorang jurulatih taekwondo ni bukan calang-calang. Biasanya mencecah RM20000 ringgit.

Syukur dengan rezeki yang dikurniakan. Isteri ku kini tidak lagi perlu berniaga di bawah flat tempat kami tinggal. Kini beliau boleh memberi perhatian sepenuhnya buat 5 orang anak kami yang sedang membesar. Ada kala kita perlu membuat perubahan mengejut dalam hidup untuk kita menjadi seorang yang berjaya di masa hadapan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge