Sebagai ibu bapa, sanggup buat apa saja demi kebahagian anak-anak

semuanya-demi-anak-anak

aku bukan daripada kalangan orang yang senang. walaupun kehidupan aku tak sama macam orang lain, tak bermakna aku ini takde impian dan cita-cita. matlamat aku adalah untuk bahagiakan keluarga aku dengan berikan apa yang mereka nak. kalau boleh setiap permintaan daripada mereka aku akan usahakan semampu yang boleh. lagi-lagi hal yang melibatkan anak-anak. aku memang takkan ambil sambil lewa.

sebab walaupun kehidupan aku masa kecil susah, tapi mama papa usahakan juga untuk tunaikan apa yang aku nak. biasalah anak sulung, manja dengan keluarga sikit berbanding dengan adik beradik yang lain. salah satu sebab mungkin aku ini anak lelaki tunggal dalam keluarga. jadi mama dengan papa tak pernah kecewakan aku.

aku ingat lagi masa kecil, mama papa akan ikutkan apa saja yang aku nak beli. kalau aku mahukan kereta mainan yang ada alat kawalan jauh, mama papa akan sedaya upaya carikan untuk aku walaupun waktu itu perniagaan mereka tengah slow. sebab itu bila aku dah dewasa sekarang, aku akan usahakan juga beli apa saja yang mama papa mahukan. walaupun dalam keadaan pendapatan aku tak berapa stabil.

mungkin kadang-kadang aku terlepas untuk bagi duit belanja setiap bulan, tapi mama papa tetap tak pernah ambil hati sebab mereka tahu aku walau macam mana susahpun tetap akan berusaha untuk keluar daripada masalah yang aku tengah hadap waktu itu. dan mama papa juga yang akan bagi support penuh dengan apa saja peluang perniagaan yang aku tengah usahakan. sejak aku meniaga dulu lagi.

bila aku dah ada 2 orang anak sekarang ini, sebaik yang mungkin aku praktikkan apa yang mama papa ajar sama macam masa aku kecil dulu. aku akan usaha tunaikan apa saja permintaan yang anak-anak aku teringin sangat. mungkin ada orang anggap aku macam manjakan anak-anak. tapi percayalah bila anak-anak mahukan sesuatu dan kita dapat tunaikan apa dorang nak, anak-anak ini mesti akan ingat sampai mereka besar nanti. itu daripada pengalaman aku sendiri.

janganlah berkira dengan anak-anak. cubalah tambah pendapatan dengan usahakan perniagaan secara sampingan andai kata pendapatan daripada pekerjaan hakiki kita tak mampu untuk belikan hadiah yang istimewa tiap-tiap bulan untuk mereka. takkan habis pun duit yang kita keluarkan semata untuk insan-insan yang kita sayang. sebab setiap pemberian itu akan dinilai tinggi disisi ALLAH SWT di akhirat nanti.

amin ya rabbal aalamin.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge