Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri

hubungan-mesti-ada-pasang-surut

Dia macam ini, kalau kata gaduh dengan suami, janganlah terus hentam suami tu cukup-cukup. Kesian kat si suami tu. Apa je tak kena, mesti suami kena marah. Ada je yang tak ngam, mesti suami je yang kena sound.

Terkebil-kebil suami tu bila kena herdik tak tentu pasal. Yang si suami pun sabar je. Bukan apa, taknak lagi bertambah masalah yang datang. Kalau dua-dua kepala angin, memang apa benda pun takkan selesai.

Suami pun menurut je perintah isteri. Bukan kata takut, tapi lebih kepada hormat. Bukan tak tau lelaki ini kalau dah marah, memang emosi dia akan terus buat dia hilang akal.

Sebab tu seorang suami yang waras, dia takkan balas balik isteri dia kalau kata tengah mengamuk-ngamuk tu. Biasanya suami akan jadi seorang yang tenang dan berusaha untuk nak tenteram kan keadaan balik.

Cuba kawal emosi dan perasaan

Kalau boleh keluar rumah, lebih baik keluar rumah dulu cepat. Bukan apa, suami ini pun manusia juga. Dia tau perempuan kalau tengah dipengaruhi dengan emosi, apa saja tindakan dia mesti tak betul.

Sebab perempuan ini memang dah diciptakan macam tu. Ada sesetengah yang boleh kawal sifat amarah dia. Ada sesetengah memang tak boleh nak control langsung.

Depan orang ramai pun dia boleh tinggi-tinggikan suara. Dia tak kisah kalau semua orang perasan dan pandang ke dia. Jadi suami kena banyak mengalah. Bukan orang lain, isteri sendiri juga.

Bila keadaan dah relaks balik, baru bincang elok tengok kut mana sebenarnya punca masalah tu. Kalau kata salah sendiri mengaku je. Sebab kita nak selesaikan bukan nak makin tambah. Kalau ego nak menang, memang sampai ke sudah macam tu je.

Pernah berjanji satu ketika dulu

Cuba ingat balik hari pertama korang kenal, hari pertama declare cinta korang. Hari pertama tunang, hari pertama kahwin. Semua itu ada dalam simpanan memori dalam kepala.

Cuba cakap dengan diri sendiri, kut mana pun perangai dia, dia tetap isteri aku yang sah. Dia tetap ibu yang melahirkan anak-anak aku. Dia yang sentiasa ada sama berhujan berpanas tolong aku cari rezeki.

Isteri pula cuba ingat, bukan ke dulu memang dah bersedia nak terima baik dan buruk perangai suami. Kata nak saling melengkapi antara satu sama lain. Tapi kenapa bila suami awak buat salah, awak melenting tak tentu pasal macam dunia nak kiamat.

Sekarang ini kenapa bila ada suami buat silap, tak bantu dia untuk betulkan balik kesilapan yang mungkin kadang dia perasan atau tak perasan.

Selesaikan dengan penuh tanggung jawab

Jangan lah jadi nasi tambah yang buatkan suasana keluarga jadi lagi bercelaru dan tak tentu hala. Bawa bincang elok-elok, rendahkan ego serendah-rendahnya. Bukan apa kesian kat anak-anak.

Dorang tak tau apa-apa. Umur kecil lagi dorang ini tengah nak membesar. Tak bagus bila proses pembesaran dia tu disulam kan dalam suasana yang penuh maki hamun dan cacian ini.

Sebab budak senang ingat, dia akan tau apa yang mak ayah dia dah pernah buat. Walaupun dia masih kecil. Ingatan dia tu akan ada dalam memori sampailah dia besar. Jadi jangan sekali-kali gaduh depan anak.

Pastikan kalau boleh usahakan tak tinggikan suara dalam rumah. Insha Allah selagi cinta antara korang memang kuat, takde satu perkara pun yang boleh runtuhkan rumah tangga yang korang bina.

Semoga bermanfaat.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge