SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Nasi-lemak

Nasi lemak yang kubeli pagi tadi langsung tak dijamah isteri. Beliau hanya memandang dan terus keluar dari rumah untuk ke tempat kerja. Aku hanya mampu mendiamkan diri dan melihatnya pergi. Walaupun aku tahu hatinya masih sakit teringatkan peristiwa semalam.

Bukan aku sengaja mahu menyakiti hatinya, bahkan setiap apa yang ku lakukan hanya untuk dirinya sahaja. Aku tau pengorbanan seorang isteri sungguh besar. Melahirkan anak kami, membesarkan, memberi pendidikan dan dalam masa yang sama beliau juga bekerja bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi keluarga.

KERJA KERAS

Namun aku juga sedaya upaya berusaha untuk menjadi suami yang terbaik buat beliau. Aku tidak mahu digelar seorang suami yang mengambil kesempatan ke atas isteri sendiri. Aku sehabis baik menjalankan amanah sebagai seorang ketua keluarga.

Pendapatanku sebagai seorang kerani yang bergaji sekitar 1800 ringgit sebulan menuntut ku untuk bekerja lebih masa setiap hari. Jika aku konsisten kerja lebih masa barulah pendapatanku boleh mencecah 2000 ringgit. Aku bertungkus lumus siang malam menyiapkan semua kerja yang diserahkan sebaiknya.

LEKA DAN ALPA

Sebagai manusia biasa bila sudah sibuk bekerja kadang kala tarikh-tarikh penting dalam hidup kita akan terlupa. Satu kesalahan besar bila kau terlupa bila tarikh perkahwinan. Itu yang terjadi kepadaku. Semalam hari di mana kami disatukan sebagai suami isteri.

Sudah 5 tahun bersama, tapi disebabkan sibuk, aku terlupa yang semalam adalah hari penting kami. Rupa-rupanya isteri ku telah masakkan makanan istimewa sempena memperingati hari tersebut. Aku seperti biasa balik lewat pagi terus membuka pintu rumah dan berasa sangat terkejut.

KECEWA

Semua makanan yang sudah siap dimasak itu dibiarkan di atas meja dan telah sejuk. Makanan itu semua belum pun disentuh dan dijamah. Ada sekeping nota tertulis di atas meja. Aku ambil dan kubaca satu persatu tulisan isteriku yang betul kecewa kerana aku telah melupakan hari penting kami.

Aku baca nota tersebut. Tanpa sedar air mata ku mula mengalir. Aku telah kecewakan hati seorang isteri. Betapa besarpun pengorbanan aku untuk keluarga tapi bila hati seorang isteri tersakiti, semua itu tak bermakna lagi.

PEREDARAN ZAMAN

Sepatutnya dizaman serba canggih ni aku seharusnya boleh mengingati semua peristiwa atau tarikh penting dengan lebih mudah dan cepat. Aku boleh sahaja muat turun aplikasi seperti ‘google keep’ dan tulis segala nota dan tarikh penting kedalamnya ataupun terus tandakan ke kalendar telefon.

Aku seharusnya pujuk semula isteriku yang masih dalam kesedihan. Jadi aku merancang untuk membawa beliau bercuti ke Lexis Hibuscus di Port Dickson salah satu resort atas air terbaik di Malaysia. Aku menempah bilik menggunakan aplikasi Trivago untuk mendapatkan harga terbaik supaya aku dapat lebih penjimatan dan duit lebihan boleh aku belikan hadiah pula.

Isteriku sangat suka kan suasana pantai yang mendamaikan. Aku berharap agar hadiah ulang tahun istimewa daripada ku ini dapat menebus kekhilafan dan ketidakprihatinan aku terhadap sesuatu perkara yang aku tak pernah anggap remeh, cuma kadang kala tak perasan. Semoga beliau kembali ceria dan sudi memaafkan kealpaan ku ini.

Sayang, maafkan abang ye.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply to Sarena Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge