Sejauh mana kita menghargai sesuatu peluang

black-and-white-hard-work-human-labor-wallpaper-preview

Hari ni aku buka booth kat NSK Damansara. Boleh tahan jauh juga lah pasar raya ni dengan rumah aku kat Eco Majestic Semenyih. Bukan taknak ambil booth yang dekat dengan rumah, lagi dekat lagi bagus kan?

Aku bagi peluang kat orang lain yang tak boleh nak masuk booth jauh. Its ok untuk aku pergi sana. Lagipun nak merasa, nak tukar angin pula. Suasana dan pengalaman dah tentu tak sama dengan yang sebelum ni.

Tadi lepas habis booth baru aku teringat yang isteri aku ada tapaukan makanan untuk aku. Punya lah fokus kerja sampai aku lupa nak makan. Haha. So bila nampak nasi tu, automatik perut aku lapar.

Dengan selamba aku makan je duduk bersila kat kawasan parking motor tu. Mula-mula aku rasa cam biasa je, tapi bila ada orang yang duk perhatikan aku jadi segan pula. Makan tepi jalan ni teringat aku masa niaga chowkit dulu.

Aku sebenarnya pernah rasa zaman duit takde langsung. Pernah satu hari tu aku niaga tak pecah telur, takde orang beli. Aku pun kira je lah duit syiling yang ada dalam poket seluar, dompet dengan bag aku.

Ngam-ngam ada rm2.50. Aku pun pergi 7E chowkit sebelah mydin tu. Masa tu dah malam pukul 11 lebih camtu. Aku tengok ada 1 lagi meehun dalam kedai. Aku pun terus je beli dan makan lah kat tepi jalan tu.

Sekali aku suap je meehun tu, terus ada cam rasa lain macam sikit. Rasa cam nak basi pun ada. Tapi apa boleh buat, duit tinggal tu je. Perut pun dah lapar. Aku pun bedal je lah makan bagi habiskan.

Masa tu ada 2-3 orang gelandangan yang duk tidur kat sebelah aku. Perasaan aku rasa masa tu memang sedih giler. Tapi masa tu terus aku rasa bersyukur, walaupun meehun ni macam nak basi, tapi aku still dapat makan lagi.

Dorang tu lagi lah. Entah dah berapa hari tak makan pun aku tak tahu. Masa aku suap meehun tu menitik air mata aku, sambil duk tengok motor kereta duk lalu lalang tepi jalan. Sampai macam ni sekali aku lalui hidup.

Sebab tu sekarang ni, aku sangat hargai apa yang aku buat. Walaupun bisnes yang aku usahakan ni ada cabaran dia sendiri, tapi bagi aku selagi kita ada benda yang boleh makan atas rumah, wajib kita syukur.

Jangan complain kalau apa yang kita nak tak dapat. Kena ingat, mungkin kita rasa kehidupan kita macam biasa-biasa je. Tapi percayalah ada ramai orang kat luar sana yang nakkan kehidupan macam yang kita dapat sekarang ni.

Habis aku makan, aku kemas semua bekas-bekas nasi yang isteri aku tapaukan tadi. Aku buang sisa makanan, lepas tu aku start motor balik rumah. Dalam hati aku berfikir, aku cuba ingat balik.

Sejauh mana kita hargai apa yang kita ada sekarang?

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge