SEJENIS JANTAN TAK GUNA

kau-tak-pernah-faham

Aku minta maaf kalau selama ini aku tak dapat jadi yang terbaik untuk kau. Aku tahu aku dah kecewakan kau. Aku dah cuba jadi seorang yang sempurna sama macam yang kau nak. Aku berusaha sebaik mungkin untuk tunaikan permintaan kau tapi setakat itu yang aku terdaya. Rasanya dah cukup aku tahan perangai kau yang panas baran suka melenting tak tentu pasal ini.

Suka hati kau lah kalau kau nak anggap aku ini jenis perempuan yang menyusahkan. Kau nak aku buat macam mana lagi dengan kau. Apa tak cukup ke semua pengorbanan yang aku dah buat selama ini semata-mata nak pertahanan rumah tangga yang kita dah bina bertahun-tahun. Haih geramnya aku, aku betul dah cukup lama sabar dengan kau.

KAU NAK MACAM MANA LAGI

Selama ini siapa yang jaga makan pakai kau kalau bukan aku. Kononnya penat balik kerja, aku dah sediakan air untuk kau minum tapi kau selalu merungut sebab lambat. Sekecil-kecil hal macam itu pun sampai kau ugut-ugut nak hantar aku dekat rumah mak. Eyh, lagi bagus lah kau hantar aku kat rumah mak daripada aku nak kena tahan herdikan kau dengan cacian kau yang entah apa-apa tu. Kau ini macam budak kecil tau.

Kau dah tau anak kita kerap demam dengan selesama, tapi kau tak pernah ikhtiar pun nak cari cara penyelesaian untuk nak kurangkan masalah habuk yang berdebu gila kat rumah ini. Bila asyik kena pergi hospital sebab anak selalu kena warded, dah kau pergi tempeleng pula budak itu tak tentu pasal. Apa salah budak itu bodoh! Kau kata kau kena marah sebab prestasi kau dekat tempat kerja menurun. Peduli apa aku, padan muka kau. Siapa suruh kau suka ambil mudah semua benda.

TINGGALKAN AKU

Betul aku cakap aku dah taknak hidup dengan kau lagi. Kau pergi lah cari betina lain yang boleh puaskan nafsu kau dan ikut apa saja kemahuan kau. Aku nak kau lepaskan aku dengan budak-budak. Biarkan aku pergi rumah mak dengan ayah balik. Aku merayu sangat-sangat dekat kau tolonglah lepaskan kami semua. Kau memang suami yang tak pernah bertanggung-jawab. Kau takkan pernah nak ambil berat pasal kitorang.

Tolonglah sangat-sangat lepaskan aku. Aku dah taknak dengan kau dah. Mana along ceti datang rumah cari kau lagi. Kau tau tak aku takut gila tiap kali dorang datang rumah dengan parang panjang. Tu lah kau pergi hutang duit dorang pergi main judi kat belakang kilang kayu tu buat apa. Kau tau nak cari duit senang je. Mana ada benda senang dalam dunia. Tak cukup dengan emas aku kau pergi pajak, kau jual barang-barang dalam rumah tv, mesin basuh, peti sejuk semua.

SELAMAT TINGGAL

Kau ini memang jantan tak guna. Ada lagi jantan spesis sama macam kau ni sekarang. Kau bawa-bawa lah bertaubat. Umur kita ini bukan makin muda. Tak lama lagi kita pun akan mati juga. Macam mana kau nak settlekan hutang-hutang kau ini semua? Kau pernah fikir tak. Kau pernah tak nak ambil tau pasal semua benda ini. Sampai bila kau nak teruskan kehidupan kau macam ini. Kau pergi lah cari peluang kerja yang lain. Kau pergilah berniaga ke , tak kisah lah buat apa-apa pun. Yang penting kau boleh settlekan hutang along tu.

Dah lah! Aku rasa cukup lah sampai sini hubungan kita. Kau teruskan lah hidup kau macam mana yang kau nak. Aku membebel macam ini pun tak guna, kau bukan nya jenis ambil berat pun. Kau tulikan? Buat pekak je apa yang aku bagitau kau daripada tadi. Pandai-pandai lah kau uruskan diri sendiri. Biarkan aku dengan haluan aku sendiri. Sampai masa nanti kau akan sedar sendiri. Aku harap masa tu kau sempatlah bertaubat sebelum ajal sampai ke kerongkong. Blah lah kau!

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge