Selamat hari lahir yang ke 29 tahun isteriku

received_317433429689936

Masa kita mula-mula kenal dulu, saya tak sangka kita punya relationship boleh sampai sejauh ni. Yelah, mana taknya. Kita kenal pun sebab salah missed call nombor telefon. Lepas tu sesaja tukar-tukar akaun MySpace.

Masa jumpa pertama kali depan-depan, malu tak tahu nak cakap apa. Yelah, masa tu kita baru je umur berapa kan? Saya 18 tahun awak tengah nak ambil spm. Baru 17 tahun.

Lama-lama dari kawan sampai couple terus bertunang dan kahwin. Proses tu nampak macam senang je. Tapi mana ada benda yang senang betul tak? Lagi- lagi tengah darah muda. Ada je benda yang tak kena terus melantun.

Tapi yang bestnya, bila ada masalah kita tak pernah nak lari. Gentle je jumpa depan-depan lepastu bincang macam mana nak selesaikan masalah tu. Bila dah tak boleh nak settle baru minta tolong bantuan family jadi orang tengah.

Macam mana pun kalau ada problem, kena sama-sama mengaku salah. Kalau tak memang takkan selesai kalau dedua nak tuduh satu sama lain. Sudahnya tah kemana hala, habis tunggang langgang jadi dia hubungan tu.

Hari ni hari lahir awak yang ke 29 tahun. Tahun yang ke 12 selama saya kenal awak. Saya doakan awak sentiasa diberi kesihatan yang baik, dan semua impian yang awak nak selama ni dimakbulkan. Amin ya rabb.

Happy birthday isteriku sayang.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge