Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan bulan Syawal bulan mulia penuh rahmat. Masih lagi diberi kesempatan merasai suasana berhari raya yang sungguh meriah, berwarna-warni dah penuh dengan keceriaan. Hari dimana semua meraikan kemenangan setelah sepurnama berpuasa menahan lapar dan dahaga.
Tambah lebih bermakna apabila tahun ini diberi peluang semula untuk bersama-sama para jemaah menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri setelah sekian lama tidak mengerjakan ibadah sunnah yang sangat-sangat dituntut dalam agama. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini tidak dapat turut serta disebabkan kekangan kerjaya.
SALING MEMOHON AMPUN DAN MAAF
Rutin pagi raya yang sama seperti sebelum-sebelum ini, kami sekeluarga berkumpul beramai-ramai, kemudian saling bermaafan antara satu sama lain. Setiap manusia itu pasti akan melakukan kesilapan kerana tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi kecuali Rasulullah SAW yang maksum.
Memohon ampun dan maaf seharusnya menjadi amalan rutin setiap hari. Bila saling memafkan, pasti keluarga akan jadi lebih bahagia dan dilimpah rahmat buat seluruh isinya. Rezeki juga akan menjadi lebih lancar dan sentiasa dipermudahkan urusan. Dijauhkan daripada segala bahaya dan malapetaka yang boleh memporak-perandakan.
JAUH NAMUN DEKAT DI HATI
Walaupun raya kali ini terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak yang pulang ke kampung halaman mereka di Sandakan, Sabah namun ingatan buat mereka sentiasa terpahat dalam hati. Ada urusan yang perlu diselesaikan di Kuala Lumpur demi keselesaan keluarga kecil pada masa akan datang.
Namun begitu, kemeriahan suasana beraya di sana turut dirasakan walau berbeza jarak beribu-ribu batu. Kecanggihan teknologi zaman kini membolehkan kami saling membuat panggilan video antara satu sama lain dan melihat secara langsung aktiviti beraya yang sedang diraikan oleh keluarga isteri. Sungguh meriah.
BAHAGIA BERPANJANGAN HINGGA AKHIR HAYAT
Harapan semoga kedatangan hari raya kali ini akan memberi ingatan manis yang akan dikenang hingga ke akhir hayat. Waktu terus berlalu, di kala usia semakin menganjak daripada satu tahun kepada satu tahun, tiada apa yang dimahukan selain bergembira berada disamping keluarga tercinta setiap masa.
Semoga Allah melindungi keluarga kita semua daripada segala perkara yang tidak baik yang boleh menggugat kebahagian dan keharmonian hingga ke akhir hayat. Tiada daya dan kuasa selain mengharap kebergantungan penuh kurniaan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ikatan kasih yang terjalin, menjadi penguat semangat meneruskan kehidupan harmoni berpanjangan.
Artikel menarik untuk anda:
KELUARGAKU BAHAGIA
Momen yang paling terindah sekali dalam hidup ialah waktu berkualiti yang diluangkan bersama keluarga. Apabila meningkatnya usia, tinggal pula di kediaman yang…... Baca selanjutnya »
HUBUNGAN SEDARAH SEDAGING
Air dicincang tidak akan putus. Itulah perumpamaan yang boleh diibaratkan bagi setiap perhubungan antara sesama adik beradik. Dilahirkan dalam keluarga yang harmoni…... Baca selanjutnya »
KENANGAN DI PUDU RAYA
Lama tak menjejakkan kaki ke Puduraya. Semalam ada urusan tentang perumahan yang harus diselesaikan. Aku perlu ke Jabatan Pendaftaran Negara atas beberapa…... Baca selanjutnya »
CSTEAM GRAND IFTAR 2019
Kemeriahan suasana berbuka puasa yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi dalam Organisasi CS Team membuatkan aku sangat teruja malam tadi. Bagi aku, ini…... Baca selanjutnya »
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Isteri dan anak-anak akan pulang ke kampung halaman di Sandakan Sabah bagi menyambut lebaran di sana….... Baca selanjutnya »
Reader Interactions