Janganlah risaukan pasal adik. Insha Allah adik tau macam mana nak jaga diri adik dekat atas muka bumi ni ya umi dan abi. Lagipun pakcik Wan mesti akan jaga adik baik-baik sampai adik besar nanti. Haritu pakcik Wan dah pesan kat adik dah.
Dia suruh adik belajar rajin-rajin supaya boleh banggakan umi dengan abi. Adik dah ada cita-cita dah nanti bila besar adik nak jadi doktor. Adik nak ubat ramai orang yang sakit supaya dorang boleh cepat sembuh balik.
RINDU YANG TAK DAPAT DIUNGKAP
Umi abi, adik datang ini cuma nak bagitau yang adik rindukan umi dan abi. Tak pernah walau satu saat pun dalam hati adik tak terlintas pasal umi dan abi. Hari-hari adik sedekahkan Al-Fatihah untuk umi dan abi. Adik doa supaya umi dan abi baik-baik je.
Rasa cinta adik dekat umi dan abi tak boleh adik terangkan langsung. Takde orang yang boleh masuk dalam hati adik dan cuba untuk bagitau adik macam mana cara supaya rasa cinta adik ni terubat. Baru je 2 tahun adik dapat tengok muka umi dan abi. Singkat sangat masa tu untuk adik merasai perasaan punya seorang ibu dan ayah.
KEHILANGAN YANG TIDAK DISANGKA
Tiba-tiba je Allah SWT jemput umi dan abi balik semula ke pangkuan Nya. Mula-mula adik rasa terkejut juga. Adik cari-cari mana pergi umi dengan abi. Selalunya lepas balik kerja mesti datang peluk adik. Tapi tiba-tiba dah tak datang dah. Adik nampak pakcik Wan sugul.
Adik tak faham. Tapi bila semua orang bagitau umi dengan abi dah tinggalkan kami semua dan pulang ke negeri abadi, baru lah adik faham sikit-sikit. Dorang bagitau umi dengan abi tengah rehat. Jadi dorang minta adik doakan supaya terang tempat tinggal umi dengan abi sekarang.
INSAN YYANG BERGUNA
Damai lah wahai umi dan abi. Tunggu adik nanti dekat syurga Allah ye. Doakan adik kat sini jadi anak yang baik dan boleh berbakti untuk agama Islam yang indah ini. Adik janji selagi hayat di kandung badan, adik akan jadi seorang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Umi dan abi, adik sayang kalian berdua. Setiap darah yang mengalir dalam tubuh badan adik ini akan jadi saksi betapa adik terlalu rindukan kenangan antara kita bersama. Moga keluarga kita dipertemukan semula di Firdausi yang sungguh indah dan abadi. Selamat jalan syurgaku.
Al-Fatihah…
Artikel menarik untuk anda:
IBU, IBU SABAR TAU
Ibu, kenapa semua kawan-kawan taknak main dengan adik. Masa dekat sekolah waktu bermain, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan mereka saja. Tak ajak…... Baca selanjutnya »
MAKAN MALAM DI SEOUL GARDEN
Tekak terasa nak makan makanan Korea pula hari ini. Jadi aku dan isteri mula berfikir nak makan di mana ya. Tujuan asal…... Baca selanjutnya »
RAHSIA PERAP AYAM JADI LEBIH PADU !
Bila ada masa terluang dengan kawan-kawan, aku akan ajak dorang lepak. Kadang-kadang pergi tengok wayang, pergi makan, main bowling dan macam-macam lagilah….... Baca selanjutnya »
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG
Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Isteri dan anak-anak akan pulang ke kampung halaman di Sandakan Sabah bagi menyambut lebaran di sana….... Baca selanjutnya »
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2019
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan bulan Syawal bulan mulia penuh rahmat. Masih lagi diberi kesempatan merasai suasana berhari raya…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions