SELAMAT PULANG KE KAMPUNG

Salah-satu-perkampungan-di-sandakan

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu. Isteri dan anak-anak akan pulang ke kampung halaman di Sandakan Sabah bagi menyambut lebaran di sana. Seminggu ini agak sibuk uruskan barang-barang yang hendak dibeli dan dibawa pulang. Pagi hingga ke malam meredah satu bandar membeli barangan.

Raya kali ini Sabri tidak dapat ikut serta pulang bersama. Ikutkan memang sedih rasa hati tak dapat nak beraya bersama keluarga. Namun disebabkan ada urusan lain yang perlu diselesaikan, jadi terpaksalah simpan sahaja hasrat dan fokus pada apa yang sedang diusahakan. Walaupun berat rasa hati untuk berpisah sementara.

BAJET YANG BESAR

Ada yang bertanya, bila pulang ke Sabah pasti memerlukan perbelanjaan dan kos yang tinggi. Harga tiket kapal terbang untuk perjalanan sehala sahaja sudah memakan modal ratusan ringgit. Belum lagi ditambah dengan tambang tiket untuk pulang semula ke semenanjung Malaysia.

Itu baru kos untuk seorang. Bayangkan bila mereka bertiga pasti lebih banyak yang perlu dilaburkan hanya untuk kos pengangkutan penerbangan sahaja. Campur dengan bayaran kilogram bagasi yang ditambah supaya mereka boleh membawa barangan melebihi daripada yang ditetapkan. Itu sudah menelan hampir ribuan ringgit.

JIMAT DAN BERBALOI

Namun semua kos tersebut boleh dijimatkan jika kita bijak merancang penerbangan dengan baik. Pengalaman kami sendiri biasanya kami akan tempah tiket 6 bulan lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya ingin berlepas. Rasanya ramai yang sudah maklum yang bila tempah awal ini tiket akan jadi murah.

Periksa jadual kalendar supaya kita dapat susun masa dengan lebih tepat dan efisien. Jangan tak percaya, bila tiket sudah awal dibeli, kita boleh jimatkan kos penerbangan sehingga 50-70% lebih murah daripada bayaran yang sepatutnya kita perlu keluarkan. Menarik bukan? Lebihan duit itu nanti boleh lah buat membeli belah bila sampai di kampung.

SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Doakan semoga perjalanan semua selamat dan sentiasa dalam rahmat. Maafkan babah tak dapat nak beraya bersama-sama dengan anak-anak babah kali ini. Bila kalian besar nanti pasti akan faham apa yang sedang babah rancangkan untuk masa depan keluarga kecil kita. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, amin.

Bila berada di kampung, jaga diri dan jaga kesihatan baik-baik. Cuaca disana tak sama dengan semenanjung disebabkan kedudukan bandar Sandakan yang berada di tepi laut. Keadaan biasanya agak sedikit panas namun berangin. Banyakkan minum air dan rehat dengan secukupnya. Jumpa kita 3 minggu lagi daripada sekarang ya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge