Selamat ulang tahun perkahwinan sayang

rpt

Sayang, selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 6. Sekejap je rasa masa berlalu, kan sayang? Masuk tahun ini, dah dekat 12 tahun perkenalan kita.

Sejak daripada tahun 2008, ada macam-macam cerita yang dah kita lalui sama-sama. Ada yang best, ada yang tak best. Ada yang teruk gila tak hingat.

rpt

Banyak perasaan yang boleh digambarkan

Sesuai dengan perubahan zaman yang kita tengah hadap. Start zaman lepas sekolah, lepas itu fasa baru nak bekerja, fasa bertunang, kahwin dan dah ada anak.

Kalau saya nak tuliskan satu-satu, ada berjuta artikel yang saya boleh tulis semata nak beritahu tentang pengalaman yang dah pernah kita lalui bersama.

Semata-mata untuk saya ceritakan

Ada beberapa peristiwa yang saya rasa sangat terkesan dalam hati yang pernah saya nukilkan sebelum ini. Tapi itu cuma sekelumit cerita peristiwa yang pernah terjadi.

Yang menjadikan siapa kita yang sekarang ini, kat mana kita berada sekarang dan kemana kita akan pergi satu hari nanti. Perjalanan kita makin singkat atas muka bumi.

Betapa istimewanya awak dalam hidup saya

Saya tak boleh nak teka apa yang akan jadi esok hari. Perancangan yang kita dah susun memang cantik tapi perancangan Allah itu mesti lagi baik.

Apa yang terang lagi pasti, saya sentiasa berdoa dalam sujud. Agar ikatan perhubungan kita kekal sampai ke syurga Allah amin ya rabbal aalamin. Dan saya nak bagitau,

Yang awak akan sentiasa ada dalam hati sampai akhir hayat saya.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge