Seluar tidur yang murah dan selesa

muka-happy-borong-seluar

Aku ini ada masalah peha besar. Yelah, aku kan dulu main gym, so bahagian peha ini memang agak besar sikit. Lagipun berat aku pun memang dah 80 kilogram. Dah kategori nak gemuk dah (ayat sedapkan hati hahaha)

So aku memang ada masalah bila pakai seluar. Biasanya bahagian peha mesti ketat. Tak kisah lah aku pakai seluar jeans ke seluar slack, memang tak selesa. Nak tak nak aku kena cari seluar yang jenis bergetah.

Kalau nak pakai seluar yang biasa tu memang tak boleh. Aku rasa rimas betul. Sama lah kalau kat rumah. Aku kena pakai kain je. Ataupun pakai boxer. Tapi takkan nak pakai boxer bila ada tetamu datang rumah kan? Haha tak pasal viral pula nanti.

rambang mata bila stok seluar tengah banyak

Susah nak jumpa seluar murah tapi selesa

So haritu masa bulan puasa wife aku ada belikan seluar. Dia lebih kurang macam seluar tidur lah. Tapi memang selesa giler seluar tu aku pakai. Sebab dia jenis macam seluar getah juga. Hari-hari aku pakai. Kadang keluar rumah pun pakai.

Disebabkan dah hari-hari pakai lunyai lah seluar tu sebab aku basuh hari-hari. So tadi aku ajak wife aku pergi lagi sekali. Dia belikan seluar ni kat pasaraya Kenanga. Ala shopping mall yang selalu orang beli borong itu.

Tau tak berapa harga seluar ini? Murah giler lah. RM 10 ringgit je. Hahaha mana nak cari seluar harga macam ini sekarang. Kalau pergi pasar malam pun sekarang ini dah berapa ringgit seluar. Kalau ada pun kain dia mesti kureng.

warna plain senang pakai keluar, warna-warni boleh pakai kat rumah

Bila dah jumpa beli banyak terus

Lama juga kitorang melilau cari kedai itu balik sebab Ana dia tak ingat kedai yang mana satu. Last-last jumpa juga kedainya. Dia kat tingkat 2 je. Puas kitorang cari setiap level tadi tak jumpa haha. Kedai itu kalau kita naik daripada escalator tengah, dia sebelah ke tepi hujung sana.

Memang rambang mata aku pilih seluar tu tadi bila dah jumpa hahahaha. Rakus kan kalau aku beli barang. Aku pilih yang warna plain je. Dia ada yang corak-corak tapi macam perempuan pula warna dia.

Aku ambil warna hitam, kelabu dengan biru. Hitam dah tentu aku ambil lebih sikit sebab setahu aku seluar macam ini kalau warna hitam dia cepat habis. Pandai kan aku hahaha. Dulu kan aku jual baju dengan seluar.

jahitan seluar, tak sesuai pakai lasak

Pakai jalan-jalan pun boleh

Ada juga yang jalur-jalur tapi memang nampak macam seluar tidur sangat haha. Aku nak pakai seluar ini kalau boleh nak bawa pergi keluar sekali. Sebab selesa gila kain dia. Aku pilih lah warna plain sebab senang nak matching baju.

Pilih punya pilih aku sambar sekali 5 helai. Haha puas hati aku dapat seluar yang aku nak. Daripada segi kualiti dia pun not bad lah. Cuma bahagian jahitan dia tu memang agak macam senang tetas lah. Tapi nak expect apa sepuluh ringgit je pun kan?

Haha kalau rosak beli lah baru, ye dak? So kalau ada sesiapa yang nak beli seluar yang selesa gila pakai dan nak harga murah pergi je kat Kenanga ini. Korang waze je lepas tu naik tingkat 2. Senang je nak jumpa. Aku ada post kan sekali gambar kedai.

banyak pilihan warna dan corak lain

Nak beli lagi banyak-banyak

Kalau nak aku belikan pun boleh juga. Tapi aku ambil duit minyak lah RM 5 sehelai. So seluar itu harga dia jadi RM 15. Aku hantarkan kat tangan terus kalau duduk area KL. Mana yang jauh aku tolong postkan ke alamat rumah nanti.

Ni kira aku tolong je sebab mungkin korang busy. Kalau ada banyak masa free pergi je sana terus lagi senang. Ada kedai yang jual harga mahal tapi mungkin kualiti kain dia lebih elok. Kalau kat sana senang boleh compare sendiri.

Aku sebab beli yang murah ini satu sebab selesa nak pakai, kain dia tak panas lepas tu simple sarung je terus. Seluar ini memang takde poket dan kalau ikutkan lelaki ke perempuan pun boleh je kalau nak pakai. Takde masalah.

Itu je aku nak kongsi hari ini. Jumpa next artikel aku beli apa pula. Haha stay tuned.

p/s : seluar ni isteri aku yang bayarkan. terima kasih sayang sebab belanja hehe.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge