Semburan minyak wangi yang memberikan kesan terbaik

bahagian-yang-tepat

Aku sempat baca beberapa artikel berkaitan cara terbaik menggunakan minyak wangi. Kalau diikutkan memang banyak teori yang diceritakan. Lain orang lain cara.

Aku sendiri pernah cuba beberapa teknik sebelum ini. Ada yang menjadi dan tahan lama bau yang telah di semburkan dan ada yang 2-3 jam pakai dah hilang bau minyak wangi tu.

Segarkan badan terlebih dahulu

Yang aku perasan, setiap kali sebelum aku nak gunakan satu-satu minyak wangi tu, aku akan pastikan yang aku mandi dulu. Mandi dengan air panas ke sejuk tak kisah.

Bila dah mandi tu pula kena keringkan badan betul-betul, baru semburkan minyak wangi kat badan. Jangan biarkan badan dalam keadaan yang lembap masa nak guna minyak wangi.

Semburkan dekat kawasan yang tepat

Lepas tu masa aku spray tu, aku pastikan kena kat bahagian nadi. Biasanya kawasan ini lebih panas dan boleh menaikkan bau minyak wangi tu lagi kuat dan tahan lama.

Sembur je kat pergelangan tangan, dekat bahagian leher, belakang dua-dua belah telinga. Boleh sembur kan kat bahagian tengah dada juga dan kat bahagian siku.

Cuba dulu baru beli

Lain orang lain cara guna minyak wangi. Bergantung juga dengan orang yang pakai. Percaya atau tak minyak wangi pun kena cari yang serasi dengan tuan yang nak gunakan dia.

Minyak wangi yang sama tapi boleh bagi kesan yang berbeza-beza dengan orang yang pakai. Nasihat aku cuba dulu spray dekat tangan sendiri sebelum nak beli.

Jangan semburkan kat kertas, result dia takkan sama.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge