SERONOKNYA BERMAIN AIR

Seronok-bermain-bola

Sabri memang suka aktiviti bermain dengan air. Ingat lagi masa kecil-kecil dulu, bila hujan je mesti Sabri akan rasa teruja. Kalau tengah main bola dan tiba-tiba hari hujan, memang rasa lagi semangat nak bermain. Keluarlah semua jurus cantas bola yang paling berseni sekali. Habis semua kaki kawan-kawan sabri tackle. Dapat je jaringkan gol terus raikan gaya terbang ala superman.

Lepas tu memang bersiap sedia lah bila dah sampai rumah. Mama dah tunggu depan pintu sebab balik dah basah-basah. Langkah je kaki masuk ke dalam rumah, memang kena libas dengan tali pinggang jawabnya. Lagi lambat masuk bilik air lagi banyak kali la kena kat punggung. Bukan apa, mama marah sebab main hujan kan boleh demam.

AKTIVITI NAKAL ZAMAN REMAJA

Meningkat remaja, disebabkan suka sangat bermain dengan air Sabri akan duduk lama-lama dekat kolah tempat mandi asrama Sabri kat Kedah dulu. Sabri suka mandi waktu orang dah tak ada dekat situ. Sabri akan pastikan sekeliling langsung kosong sunyi baru Sabri jalankan operasi rahsia supaya orang lain tak perasan.

Senyap-senyap Sabri akan masuk ke dalam kolah yang besar tu dan berendam lama-lama sambil berkuak lentang bagai. Bila orang lalu Sabri akan rendamkan kepala supaya orang tak nampak. Awal-awal memang dah tutup lampu supaya gelap. Tapi kalau nasib tak baik ternampak dengan warden yang meronda memang kena sebat lagi jawabnya hehe.

GEMBIRA BILA ANAK-ANAK GEMBIRA

Bila dah berkahwin dan mempunyai anak minat Sabri bermain air ini memang tak pernah hilang. Sabri suka pergi ke kolam renang berdekatan dengan rumah Sabri tinggal di Desa Tasik. Sambil bawa anak dan ajar mereka berenang, Sabri pun boleh sama-sama beraktivti dan meluangkan masa dengan mereka. Anak-anak pun suka main air dan selalu ajak pergi ke kolam.

Insha Allah ada rezeki, tempat tinggal yang baru nanti memang dah ada kolam renang yang disediakan oleh pihak pemaju. Anak-anak pasti antara yang paling teruja bila dapat tahu tentang hal ini. Lepas ini boleh lah mereka bermain dengan kawan-kawan. Sabri pun akan gembira bila melihat mereka gembira.

KESIHATAN HARUS SENTIASA DIJAGA

Aktiviti bermain air ini rasanya memang dah sebati dalam diri Sabri sampai bila-bila. Sampaikan satu masa tu, bila Sabri dalam keadaan tertekan ataupun banyak memikirkan perkara-perkara yang sedang berlaku dalam hidup, Sabri akan ambil masa seketika untuk diri sendiri dan Sabri akan berenang untuk berikan sedikit ketenangan.

Walau apa pun yang terjadi dalam hidup, sentiasa cari sesuatu aktiviti yang disukai dan jadikan aktiviti tersebut sebagai satu riadah. Sambil dapat menenangkan jiwa ianya juga boleh menjadi salah satu perkara yang mendatangkan kebaikan pada kesihatan tidak kira sama ada daripada segi rohani mahupun jasmani.

Kekal sihat dan bertenaga.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge