Sesi interview kereta Honda City 2020

20201112_164937

Siang tadi aku di interview oleh seseorang. Nama orang yang interview aku ni puan aslinda. Beliau salah seorang dari market research company. Kerja puan aslinda ni kumpulkan survey.

Survey kali ni yang beliau perlu buat adalah tentang kereta Honda City 2020 yang aku baru beli tu. Aku pun jadi excited sebab ni pengalaman aku yang pertama kali kena interview pasal kereta ni.

Kebanyakan soalan-soalan daripada beliau adalah soalan biasa yang ditanya bila kita beli sesebuah kereta tu. Contohnya macam kenapa kita beli kereta model tu, apa kelebihan kereta tersebut dan macam-macam lagi lah.

Cuma dah tentu soalan-soalan perbandingan contoh macam kenapa tak ambil kereta yang tu sedangkan harga nak dekat sama dengan kereta yang ni akan keluar. Aku pun bagi jawapan jujur dan ikhlas.

Bagi aku setiap kereta ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting bukan setakat kita nak bayar bulan-bulan kereta tu, tapi kita nak kena fikirkan banyak benda terutama servis selepas jualan kenderaan yang kita beli tu.

Bagi aku, pilihan yang aku buat untuk beli Honda City 2020 berbanding kereta jenama lain adalah keputusan yang paling terbaik pernah aku buat. Apa pun setiap orang ada pilihan masing-masing.

Pilih lah dengan bijak.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge