Si Flegmatik

Budak-sedih

Toura seorang yang pendiam. Sewaktu masih kecil lagi dia sering mengasingkan diri dengan kawan-kawan sebayanya yang lain. Memang susah nak melihat Toura keluar bermain buaian di taman atau berkejar-kejaran di padang.

Dia lebih gemar bersendirian di rumah sambil merenung ke luar jendela biliknya. Toura akan menghabiskan masa berjam-jam mengelamun dan khayal dengan dunianya sendiri. Dia suka berimaginasi tentang banyak perkara.

Khayalan Tingkat Tinggi

Toura suka memikirkan sesuatu perkara yang belum terjadi lagi. Kadang-kadang Toura terlampau takut untuk berdepan dengan akibat daripada sesuatu perkara yang bakal berlaku. Perkara ini tentunya tidak sihat buat Toura.

Dia menjadi seorang yang takut mengambil risiko. Disebabkan sikap nya yang begitu, dia menjadi seorang yang cepat tersentuh dan mudah menangis apabila sesuatu perkara luar kawalannya terjadi. Mujur kawan-kawan nya memahami akan kehalusan emosi Toura.

Kelebihan Dan Kekuatan

Namun semakin meningkat usia, Toura merasakan dirinya perlu berubah. Perwatakan nya yang lemah lembut itu akhirnya mengubah Toura menjadi seorang yang sangat teliti dalam menilai sesuatu perkara. Dia belajar untuk menjadi seorang yang berwawasan.

Toura menjadi seorang yang sangat dipercayai di sekolahnya. Para guru lebih cenderung untuk berdiskusi bersamanya dalam menyelesaikan gejala sosial yang sering berlaku di kalangan murid-murid sebaya Toura.

Sikap Toura yang sangat mengambil berat tentang permasalahan yang berlaku disekitarnya menjadikan dia seorang yang mudah didampingi. Toura sering memberi bantuan dan motivasi buat rakan-rakan yang di dalam kesusahan.

Bernilai

Toura bersyukur dengan perubahan pada dirinya. Dia tekad tidak mahu lagi menjadi seorang yang takut dengan bayang-bayang sendiri. Setiap hari, Toura akan pastikan yang dia perlu sentiasa berubah menjadi dirinya yang lebih baik dari semalam.

Cita citanya hanya satu. Dia berazam untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lagi yang kurang keyakinan dengan diri sendiri supaya keluar dari zon selesa dan berubah menjalani kehidupan yang lebih baik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge