• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Sabrijati

  • Home
  • AKU SABRIJATI
  • ARKIB ARTIKEL
  • Hubungi Saya
You are here: Home / Uncategorized / SIAPALAH IBU

SIAPALAH IBU

15 March 2019 by sabrijati 3 Comments

Petang tadi aku tersesat di kawasan perumahan kos rendah di Bandar Baru Bangi. Aku menegur seorang makcik bertanyakan jalan untuk menghala ke lebuh raya PLUS semula. Selepas menunjukkan arah, makcik tersebut mengangkat barang-barang yang baru di beli dan terus menaiki tangga.

Aku baru perasan perumahan tersebut tiada lif. Cuaca juga agak panas terik. Aku mempelawa makcik tersebut mengangkat barangan yang beliau beli. Mulanya dia seperti tak mahu menyusahkan, tapi aku tetap bertegas ingin membantunya juga. Dia hanya membiarkan sambil menunduk lemah.

Tinggal Berseorangan

Boleh tahan tinggi juga rumah yang makcik ni tinggal. Rumah flat kos rendah tiada lif 4 tingkat dan rumah makcik ni memang betul-betul di tingkat yang ke empat. Tak dapat aku bayangkan macam mana makcik ni hari-hari kena menghadap naik tangga lagi-lagi bila bawa barang banyak macam ini.

Aku yang muda mudi gagah perkasa ni pun keluar peluh jantan nak angkat barang apatah lagi makcik ni yang sudah lanjut usia dan daripada pandangan aku sendiri makcik ni sudah berusia 70-an. Bila sampai depan rumah, makcik mempelawa aku masuk minum air dulu. Aku pun tak menolak disebabkan terlampau dahaga.

Sayunya Hati

Masuk je kedalam rumah aku melihat satu suasana yang sangat sayu dan redup. Tiada kerusi mahupun televisyen seperti rumah orang lain yang biasa kita lihat. Hanya bertikar getah dan kosong seperti rumah yang tiada orang tinggal. Langsir nya juga putih sahaja.

Makcik menyediakan aku air sirap segelas. Lalu ku minum air bagi menghilangkan dahaga setelah penat mengangkat barang. Aku bertanyakan kepada makcik namanya siapa. Makcik menyuruh aku memanggilnya Cik Mai sahaja. Aku pun minum air dan biskut yang dihidangkan Cik Mai.

Hanya Amalan Yang Dibawa

Aku tanya Cik Mai tinggal dengan siapa di rumah? Dia menjawab yang dia tinggal seorang diri sahaja. Anak-anak beliau ada 9 orang. Semua sudah bekeluarga dan tinggal dengan pasangan masing-masing. Suami Cik Mai telah lama meninggal dunia. Sedihnya bila beliau beritahu tinggal seorang diri sahaja.

Cik Mai beritahu yang dia dah tak mengharapkan apa-apa dah sekarang daripada anak-anaknya. Bila sudah di lewat usia ini beliau hanya ingin beribadah kepada Allah dan menumpukan sepenuh perhatian kepada amalan akhirat. Beliau tidak kisah jika anak-anaknya sudah tidak ingin melawat beliau lagi.

Tawakal Berserah Diri

Aku beritahu Cik Mai supaya banyakkan bersabar dengan dugaan yang beliau hadapi. Tentu perit rasanya bila tidak dihiraukan oleh anak-anak. Benarlah kata bidalan. Seorang ibu boleh menjaga 9 orang anak tetapi 9 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Aku terus teringatkan ibuku yang berada di rumah.

Sebelum balik sempat aku menghulurkan beberapa not ringgit buat Cik Mai tapi beliau menolak dengan lembut. Cik Mai kata pergilah beli sesuatu yang ibuku paling suka dengan duit tersebut. Sayangilah ibu sementara mereka masih ada.

Tidak Sempurna

Bercucuran air mataku bila Cik Mai kata begitu. Aku tak mampu menahan sebak yang begitu mendalam. Teresak-esak aku menangis diluar rumah Cik Mai. Beliau mengusap kepala ku seperti anak kecil yang sedang menangis. Lalu aku beredar dan mengucapkan selamat tinggal.

Diatas motor, aku bermuhasabah dengan diri. Betapa peritnya seorang ibu menanggung kesakitan melahirkan seorang anak. Gembiranya ibu ketika kita dilahirkan. Namun apabila sudah besar, kita melupakan mereka begitu sahaja.

Ibu, aku ingin kau tahu yang aku sangat menyayangimu. Walau aku bukan anak yang baik, aku berjanji akan membahagiakan mu seumur hidupku.

Artikel menarik untuk anda:

INGAT SENANG

INGAT SENANG

Jol sememangnya boleh digelar seorang yang berjaya di syarikat tempat beliau bekerja. Jawatan beliau sebagai seorang pengurus di sebuat syarikat terkemuka Taiwan…... Baca selanjutnya »

Dihina Mertua Kerana Menumpang Rumahnya

Dihina Mertua Kerana Menumpang Rumahnya

Kasmadi seorang pemuda bandar. Beliau bekerja sebagai seorang cikgu tadika. Beliau berkenalan dengan seorang jururawat bernama Jenna. Perhubungan mereka menjadi serius dan…... Baca selanjutnya »

KENAPA TAK LAKU

KENAPA TAK LAKU

Tengah hari tadi aku makan nasi ayam di warung tepi jalan. Bila perut tengah lapar, semua makanan nampak sedap. Tapi bila dah…... Baca selanjutnya »

KUATKAN AKU

KUATKAN AKU

Guruh berdentum dengan sangat kuat. Angin ribut dan kilat sabung menyabung bagaikan membelah langit. Cuaca yang tadinya cerah terang benderang langsung bertukar…... Baca selanjutnya »

KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING

KERJAYA PENTING KELUARGA JUGA PENTING

Naik turun, jatuh bangun selama 12 tahun sebagai seorang tukang gunting rambut berkaliber tentunya membuatkan nama Pedo disebut-sebut selalu oleh pelanggannya. Jenis…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Uncategorized

Previous Post: « PEKERJAAN PENGARUHI GAYA HIDUP
Next Post: SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT »

Reader Interactions

Comments

  1. Sarena

    15 March 2019 at 10:50 pm

    Uh ub ub
    Syahduu..
    Terima kasih utk kisah hebat ni Sabri.

    Reply
  2. Sarena

    15 March 2019 at 10:50 pm

    Uh ub ub
    Syahduu..
    Terima kasih utk kisah hebat ni Sabri.

    Reply
    • sabrijati

      15 March 2019 at 11:26 pm

      Allahu terima kasih Kak Sarena. Siapalah kita tanpa ibu disisi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • MENERIMA KETIKA MANA YAKIN DENGAN MEMBERI
  • PERGI TIDAK DIMINTA, HADIR TIDAK DIDUGA
  • REALITI MELAWAN FANTASI
  • HIKMAH DISEBALIK KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI
  • MELAKUKAN PERKARA YANG ORANG LAIN TAK NAK BUAT

Recent Comments

  • sabrijati on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Juhaini on RAMADHAN YANG LEBIH BERMAKNA
  • Kerja Sendiri on BUFET DURIAN TERBAIK DI LEMBAH KLANG
  • sabrijati on MANA ANAK AKU

Archives

  • November 2019
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Uncategorized

Copyright © 2019 Sabrijati on the Foodie Pro Theme