Sibuk macam mana pun, sekali sekala bawa lah isteri pergi dating

ingat-balik-masa-mula-mula-bercinta

aku perhatikan pasangan yang dah berkahwin zaman sekarang ini terlampau sibuk dengan urusan kerjaya masing-masing. yelah, mungkin zaman ekonomi yang tengah mencabar ini, tak kisah lah suami ke isteri ke akan sentiasa komited dengan kerja untuk dapatkan pendapatan lebih yang boleh menampung kehidupan keluarga.

mungkin masa dulu suasana ataupun situasi untuk nak tengok pihak isteri bekerja ni agak susah. bukanlah kata isteri tak bekerja, masa itu mungkin kerjanya terbatas setakat menguruskan hal-hal rumah dan tak payah fikir nak kena kerja. cuma sekarang ini memang tak boleh nak samakan dengan dulu.

Kena saling faham antara satu sama lain

bila dah masing-masing kerja, balik dah penat, automatik kat rumah tu dia dah jadi lain. takde dah macam masa bercinta dulu nak romantik-romantik bagai. masuk je rumah terus terbongkang tidur. kalau dulu masa awal-awal kahwin isteri duduk rumah, bila suami balik kerja je terus sambut mesra.

ikutkan sebenarnya walau sibuk macam mana pun kita kerja, tak kira lah suami ke isteri ke mesti kena pandai curi-curi masa dalam kesibukan nak urus kerjaya itu untuk korang pergi dating berdua-duan macam mula-mula bercinta dulu. ala, tak susah pun. kalau setakat pergi tengok wayang malam-malam tu pun dah okay dah kan.

Kena pandai plan dan urus masa

ambil mood macam dulu-dulu. gelak ketawa sama-sama. beli satu gelas air besar tu share minum sekali tak ke romantik tu. betul tak? percayalah, kadang isteri tak minta lebih pun. cukup layang dia dengan baik-baik dah boleh buat hati dia cair dengan suami dia balik. kadang benda-benda simple macam ini pun kena ambil berat juga.

andai kata kalau dah ada anak-anak, pun sebenarnya still boleh curi-curi masa nak pergi dating berdua-duaan dengan cik suami. kan anak-anak dah hantar pergi taska, apa kata korang plan ambik cuti satu hari kat tempat kerja. lepas je hantar anak pergi rumah pengasuh terus lah shuben tersayang pergi jalan-jalan.

sementara nak tunggu sampai petang nak ambil anak balik tu, korang berdua ada banyak masa yang korang boleh spend khas untuk meraikan hari korang tu. tak semestinya nak kena tunggu anniversary ataupun valentine day pun. percayalah masa tu akan terasa kehangatan cinta korang membuak-buak macam orang baru kahwin.

Sentiasalah tundukkan pandangan

apa-apa pun benih cinta antara korang berdua kena sentiasa disemai. kalau tak lama-lama pokok tu akan jadi layu. satu tips andai kata nak pastikan tak kira lah suami ke isteri ke. macam mana nak pastikan bila kita pandang isteri kita tu kan, dia sentiasa cantik je kat mata kita. ataupun macam mana nak tengok suami tu nampak sentiasa handsome je walaupun dah berusia.

tips dia ialah bila kita nampak lelaki ataupun perempuan lain yang kita rasa lagi cantik ataupun lagi handsome, kita kena cepat-cepat tundukkan pandangan mata kita dan jangan tengok terus. kalau amalkan perkara ni, selain daripada amalan doa untuk terlindung daripada fitnah syaitan, insha Allah kita boleh kawal nafsu yang ada dalam diri tu.

wallahualam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge