SIKAP MEMBENTUK SAHSIAH DIRI

Sentiasa-berusaha-melakukan-yang-terbaik

Personaliti seseorang itu melambangkan peribadi yang ada pada diri. Sesetengah merasakan dengan bekerja keras akan membuahkan hasil seperti yang di inginkan. Betul, tiada kejayaan yang datang secara bergolek namun untuk mendapatkan keputusan cemerlang itu tidak bergantung semata-mata usaha.

Usaha yang baik itu sendiri datang daripada sikap yang mulia. Keperibadianlah yang menjadi pendorong untuk sentiasa berkerja kuat dan dalam masa yang sama sentiasa meningkatkan kualiti dan nilai jati diri yang sempurna. Sikap sebegini sangat-sangat dituntut jika ingin berjaya dalam apa sahaja bidang.

SENTIASA TERMOTIVASI

Mengekalkan tahap disiplin yang tinggi juga sebenarnya datang daripada kepercayaan yang ada dalam diri. Tidak pernah memandang rendah akan sesuatu hal yang berlaku disekeliling kerana apa sahaja yang terjadi sebenarnya adalah satu proses pembelajaran di sepanjang perjalanan kehidupan.

Motivasi yang ada dalam diri sangat kuat hasil dorongan daripada keluarga mahupun sahabat handai. Sentiasa percaya apa sahaja keinginan yang di impikan boleh dicapai sekiranya sentiasa menjaga perhubungan dengan Tuhan dan sesama manusia. Ini penting kerana tanpa keredhaan Yang Maha Esa dan insan tersayang pasti tidak akan kemana-mana.

FOKUS PADA SASARAN YANG INGIN DIRAIH

Jika terdapat sebarang ketidaksefahaman yang berlaku, maka cari lah jalan penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua belah pihak. Kadang mengalah tidak semestinya kalah. Andai menegakkan kebenaran yang memang sudah pasti itu akan lebih mengeruhkan keadaan, maka berundur seketika dan biarkan masa yang menentukan segalanya.

Apa yang lebih penting, jangan pernah lari daripada fokus dengan apa yang mahu dicapai dalam hidup. Tetapkan minda dalam keadaan yang positif dan jangan endahkan apa sahaja perkara enteng yang pastinya tidak memberikan apa-apa makna buat diri. Tutup mata pekakkan telinga dan buat seperti tiada apa yang berlaku.

JALANI KEHIDUPAN DENGAN TENANG DAN BERFIKIRAN POSITIF

Hala tuju sangat jelas didepan mata. Kegemilangan yang bakal diraih itu barangkali tinggal sejengkal lagi untuk digapai. Biar impian itu semakin hari semakin besar maka pasti tiada siapa yang boleh menghalang. Apa sahaja dugaan yang datang menimpa, hadapinya dengan sabar dan tenang serta percaya pasti ada hikmah disebalik kejadiaan yang berlaku.

Semoga Allah perkenankan segala permohonan yang telah dihajati. Kekalkan sikap yang baik dan sematkan keazaman yang tinggi agar satu hari nanti, kejayaan yang diraih itu bukan hanya untuk diri sendiri, namun apa yang lebih penting dan lebih besar lagi adalah bagaimana ingin membantu lebih ramai orang, juga menambah nilai yang baik dalam kehidupan mereka pula.

Hidup mesti berani terima kenyataan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge