Sos cili Thai jenama Life

barisan-sos-cili-thai.life_

Okay, aku decide untuk beberapa artikel ke depan insha Allah aku nak kongsikan barang-barang yang aku beli setiap hari. Aku ini suka membeli, kadang bila dapat satu barang yang aku nak itu memang aku happy sangat.

So tujuan aku tulis tentang barang yang aku beli itu untuk ceritakan kenapa aku beli dan apa kelebihan barang itu sendiri supaya boleh jadi panduan untuk orang lain nak beli barang yang sama.

Haha okay panjang pula mukadimah dia. So kita mulakan dengan sos cili thai. La, cerita nak gempak tadi rupanya nak bagitau beli sos cili jer? Haha. Sabar, bawa bertenang. Ini aku nak cerita lah ini.

Ayam goreng KFC kegemaran

Kat luar sana ada banyak jenama sos cili thai. Memang berlambak. Tapi setiap kali aku nak beli sos cili thai ini aku akan beli yang jenama Life. Sebab apa? Fuh, sos cili thai jenama Life ini memang menggamit memori.

Sebenarnya macam ini. Aku daripada kecil memang suka makan ayam goreng dekat Kentucky Fried Chicken. Ala, yang kita selalu duk panggil KFC tu lah kan. Fuh aku memang suka habis dengan ayam goreng KFC itu.

Dia punya tekstur isi ayam yang lembut itu memang buatkan siapa yang makan terasa smooth je bila suap ke mulut. Tepung ayam goreng dia itu takkan pernah sama kalau kita beli ayam goreng lain.

tak lengkap makan ayam goreng tanpa sos cili thai

Sos cili thai pelengkap selera

Tapi perasan tak bila kita makan ayam goreng kat KFC mesti kita akan makan dengan sos cili thai. Tahu tak sos cili thai jenama apa yang KFC kat Malaysia ini gunakan? Jenama Life ini lah. Memang sedap kan makan ayam goreng dengan sos thai ini?

Sebab itu bila aku makan kat rumah, kalau aku suruh isteri aku masak ayam goreng, memang aku akan pastikan sos cili thai jenama Life ini ada sekali. Kalau tak, aku sanggup pergi beli kat kedai kejap hahaha.

Hari ini aku singgah teman isteri aku dia nak beli barang dapur untuk rumah mak. Kebetulan sos cili kat rumah memang dah habis. Teka aku beli sos cili apa? Haha apa lagi sos cili thai Life ini lah.

muka excited dapat jumpa sos cili kegemaran

Harga murah dan berbaloi

Rumah mak dekat dengan NSK Kuchai. Kitorang singgah beli barang kat sana. Aku jumpa botol sos cili thai ini yang saiz jumbo dia. Harga pun boleh tahan murah, ikutkan harga macam ini kalau brand lain saiz biasa je.

Tapi yang aku beli ini 750 gram harga dia RM5.80 je. Tak tahulah kalau kat tempat lain ada yang lagi murah ke tak. Kalau ada sesiapa yang nak beli sos cili thai harga ini boleh lah datang NSK Kuchai ini.

kfc sentiasa jadi nostalgia dan kenangan bersama keluarga tersayang waktu kecil

Sos cili yang sesuai untuk seisi keluarga

Tak tahulah harga dia akan berubah ke tak tapi aku memang puas hati bila dapat beli sos cili thai kegemaran aku ini. Lepas ini balik nak minta isteri goreng kan ayamlah. Fuh memang syahdu dapat makan ayam goreng dengan sos cili thai ini.

Nak makan dengan keropok lekor ke, ataupun makan dengan goreng pisang pun boleh. Semua aku bedal. Kadang makan dengan roti canai pun aku cicah sos cili thai ini juga haha. Memang padu pergi dia.

Ada yang nak beli sos cili thai lepas ini aku suggestkan korang beli jenama Life ini okay. Memang terbaik.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge