Sound system Honda City 2020 padu

IMG_20201114_182219_672

Haritu aku on the way balik Semenyih dari rumah mak aku kat Cheras. So dalam perjalanan tu macam biasa lah anak-anak aku si Danish dengan si Khalish tak sah kalau tak bergelut.

Ada je benda yang dorang nak bergaduh. Aku pun yelah, baru nak feeling bawak kereta baru kejap sorang ni menangis, kejap sorang tu pula menangis. Ana dah lah tengah mabuk-mabuk sebab pregnant.

Aku pun duk fikir cari idea macam mana nak bagi dorang berdua ni diam. Macam mana nak tenangkan keadaan ni. Fikir punya fikir punya fikir, baru aku teringat, apa aku buat malam tadi.

Aku ni buat sales, so kalau kata hati tak tenang memang susah nak follow up prospek. Biasanya aku nak tenangkan diri, aku ada buat cara ni. Tak tahulah orang lain pun ada buat benda yang sama ke tak.

Aku akan buka YouTube dan aku search video yang ada bunyi-bunyi hujan dan bunyi petir. Bagi aku bila tengah buat kerja, dan aku perlukan ketenangan memang aku buka video bunyi hujan ni.

Video ni lama, type je rain sound, kadang sampai berejam tapi ada macam-macam bunyi hujan yang kita boleh pilih. Ikut mana yang sedap kat telinga kita lah. Yang penting kita rasa lebih rileks.

So bila aku teringat pasal ni, terus aku connect kan bluetooh handphone aku dengan kereta Honda City 2020. Aku pilih bunyi sound hujan tu dah turn on volume yang paling kuat. Tiba-tiba anak aku berdua terus diam. Yang abang siap tanya lagi, “hujan ke kat luar babah?”

Aku biar je. Rupanya bunyi hujan tu memang real. Punya lah power sound system kereta ni sampaikan anak aku dua-dua tertidur. Korang bayangkan padu ke tak padu sound system Honda City 2020 ni. Macam dalam movie.

Legalah aku bila dua-dua dah tak bising dah. Yang buat aku kagum tu dorang tengah rancak main boleh terus terlena haha. Untuk ada yang tanya model varian apa aku ambik? Aku ambik model v spec. So kalau nak rasa sendiri, betul ke sedap test drive lah dulu.

Aku yakin korang mesti takkan menyesal beli kereta ni.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge