Hari ini ada sorang kawan aku, kira aku anggap macam abang aku juga lah. Dia bagitau yang dia dah cerai dengan isteri dia. Aku pun memula dengar terkejut juga. Sebab seingat aku dorang berdua ini antara pasangan yang happy je selalu.
Tapi itulah. Takde siapa yang boleh sangka apa yang terjadi akan datang dalam hidup kita. Brother ini aku kenal dia ini jenis yang suka berseloroh. Tapi bila dia meluahkan perasaan dekat aku tadi tetiba mesej antara kitorang ini jadi serius pula.
Dia cerita kerja dia boleh dikatakan hampir setiap minggu kena outstation. So dia memang jarang ada kat rumah. Walaupun dia rasa berat nak tinggalkan isteri dengan anak, tapi demi kerja dia terpaksa buat. Takde cara lain. Itu je jalan yang dia nampak masa itu.
Tapi tak sangka pula bila dah selalu tinggalkan isteri dengan anak itu, rupanya dalam diam isteri dia ada jalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Aku tak tahu macam mana benda ini boleh kantoi tapi daripada apa yang sahabat kita cerita ini dia memang sedih sangat lah bila dapat tahu hal ini.
Tak sangka pengorbanan dia selama ini, keluar bekerja pagi petang siang malam sampai tidur dalam kereta je, semata-mata nak dapatkan extra income akhirnya jadi titik tolak pada pengakhiran perhubungan dia dengan isteri yang dah lama dah. Apa boleh buat jodoh ini rahsia Tuhan.
Apa yang dia cerita kan itu aku baca dengan perasaan sayu. Pendapat aku semua tu kena jadikan pengajaran. Daripada sebelah suami, usahakan lah kerja yang boleh selalu dan tak perlu berjauhan terlalu lama dengan isteri. Ada banyak platform bisnes yang boleh diusahakan. Nak tak nak je.
Sebelah isteri, peliharalah kehormatan diri setiap masa. Betapa besarnya maruah dan harga diri. Jangan khianat dengan suami. Berdosa besar.
Artikel menarik untuk anda:
Tolonglah jangan curang dengan pasangan
Dalam minggu ini, 2 kali aku dengar cerita tentang isteri curang dengan suami. Allahu, sedih betul bila aku dapat tahu kes macam…... Baca selanjutnya »
Jangan mudah tertipu dengan kejayaan orang lain
Setiap hari, akan ada kisah-kisah kejayaan yang kita dengar. Secara tak sedar, kita pun jadi bertambah semangat untuk capai impian yang kita…... Baca selanjutnya »
REZEKI ORANG LAIN-LAIN
Bila hari sudah gelap, aku suka melihat bintang di langit. Menenangkan dan sungguh mendamaikan. Walaupun hari yang aku lalui pada siangnya sangat…... Baca selanjutnya »
3 situasi suami harus bersabar dengan isteri
Isteri ini memang teliti. Tak kisah lah daripada segi apa pun. Daripada sekecil-kecil perkara sampai lah ke sebesar-besar perkara. Mesti dia akan…... Baca selanjutnya »
Suami kena minta maaf dengan isteri dulu tak kira siapa yang salah
Tak kisah lah siapa salah sekalipun. Kita sebagai lelaki ini mesti kena mulakan minta maaf dulu kalau jadi apa-apa masalah. Jangan kita…... Baca selanjutnya »
Reader Interactions