Suami isteri kemas rumah sama-sama barulah seronok

niaga-sama-sama

Betul lah orang cakap. Bila kita dah kahwin ini, kena sentiasa tolak ansur. Tak boleh nak kata yang satu-satu kerja itu khas untuk isteri seorang je buat. Makna kata suami takde alasan kalau taknak tolong.

Contohnya macam kemas rumah. Kita suami ini tak boleh lah kata kerja-kerja mengemas ini kerja orang perempuan. Tak baik tau kalau kita biarkan isteri kita buat semua kerja di rumah seorang-seorang.

niaga sama-sama, faham tugas masing-masing

Kerja di rumah tak semudah di sangka

Pengalaman aku sendiri, bukan senang tau kerja-kerja rumah yang kita duk tengok isteri kita buat hari-hari. Nampak macam senang je basuh baju, cuci pinggan, sapu sampah, mop lantai, cuci tandas semua itu.

Tapi bila dah buat, kena pula memang buat hari-hari, fuh mencabar juga nak settlekan. Belum kira lagi nak settlekan anak-anak yang memang nakal kat rumah tak pandai duk diam. Itu yang terjerit-jerit je isteri selalu.

layan karenah anak-anak

Letih dan penat tiada alasan

Kita ini baru kena buat sikit dah macam nak tercabut pinggang. Itu kalau basuh pinggan, habis kecut jari bila kena air lama-lama. Itu belum kira lagi kaki dah sakit sebab kena berdiri je buat kerja.

Nak menyental lagi lantai tandas, mangkuk jamban yang dah naik hijau itu, jenuh tenyeh. Kadang tak perasan sampai luka tangan sebab kena bahagian tajam yang terselit-selit itu. Rasa nak menangis je sakit dia.

asalkan anak-anak gembira

Faham tugasan masing-masing

Bahagi-bahagi lah tugas itu. Mungkin isteri boleh fokus dekat bahagian dapur. Sambil itu juga siapkan makan untuk keluarga. Kita suami ini boleh lah ambil part-part yang agak makan masa nak buat.

Contoh macam cuci kipas ke, buang habuk-habuk yang melekat kat perabot rumah, settlekan basuh baju sekali jemur. Kan senang bila dah bahagikan tugas. Kerja mengemas pun jadi lagi seronok.

tolong antara satu sama lain

Semuanya demi isteri

Apa-apa pun si dia kan isteri kita. Apa yang boleh ringankan kerja dorang, itu lebih baik daripada kita duk mengadap tv je. Lepas tu main game ber jam-jam. Nak main itu boleh, tapi kenalah pandai urus masa.

Kita semua bukannya budak-budak lagi kan. Isteri ini dia bukannya nak sangat pun suami yang boleh merentas lautan api, sungai penuh buaya sanggup direnangi, gunung yang tinggi selamba ditakluki.

Cukup boleh basuh kencing berak anak pun dia dah happy.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge