Suami kena didik isteri beli emas

cincin-emas

Baru-baru ini kita semua sama-sama kena ikut perintah kawalan pergerakan disebabkan wabak yang menyerang satu dunia. Sektor ekonomi hampir semuanya terpaksa ditutup sampai 2 bulan. Semua orang kena duduk rumah. Tak boleh keluar bekerja macam biasa.

Waktu ini memang ada ramai yang hilang kerja, diberhentikan. Tak boleh nak salahkan sesiapa. Kita memang tak jangka perkara macam ini boleh terjadi. Boleh kata semua manusia yang hidup zaman ini tak pernah rasa kena kurung kat rumah sendiri.

cincin emas sentiasa jadi idaman para isteri

Perlu ada simpanan kecemasan

Paling terkesan dah tentulah income kita. Pendapatan keluarga. Ada yang pandai menyimpan sebelum ini tak risau. Boleh lagi bertahan sekurang-kurangnya sampai habis duit simpanan. Mana yang takde simpanan memang effect sangat.

Waktu ini baru lah rasa pentingnya kena ada simpanan kecemasan. At least boleh beli makanan pun dah okay dah. Peranan dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga memang teruji waktu ini. Kalau kata takde menyimpan memang kena keluar bekerja jugalah.

nilai emas susah turun

Sentiasa kena berani berdepan risiko

Walaupun berisiko, tapi apa peluang yang ada untuk hasilkan duit kena buat. Sekarang ini kita dalam fasa pemulihan. Alhamdulillah ramai yang dah boleh mula bekerja balik. Mana yang suami isteri bekerja itu ambil peluang kedua ini untuk perbaiki balik pengurusan duit.

Mungkin duit gaji suami boleh buat bayar komitmen dan beli barang dapur rumah. Lebihan daripada duit gaji isteri pula, kalau sebelum ini guna untuk beli barang-barang yang tak perlu, cuba tukar dan sarankan isteri beli emas. Emas yang boleh dipakai lebih baik untuk permulaan.

didik isteri, bimbing dengan baik bila nak beli emas

Beli emas untuk elakkan pembaziran duit lebihan

Rasanya semua orang tahu yang nilai harga emas ini susah nak turun. Makin lama makin naik harga. Simpanan dalam bentuk emas ini salah satu cara supaya kita tak habiskan duit beli barang yang bukan-bukan. Sebab kita tak boleh nak jangka apa yang jadi akan datang.

Setidaknya bila isteri sebelum ini dah memang ada beli emas, bila berlaku lagi sekali kekangan kewangan yang tak jangka macam ini, kita still ada sesuatu yang boleh dipajak ataupun dijual untuk dapatkan duit tunai dengan segera tanpa perlu susahkan orang lain.

emas penyelamat dalam keadaan situasi tak jangka

Suami mesti beri galakan

Ini daripada pengalaman sendiri juga. Sebab kita tak tau apa yang jadi. Bila ada emas kat tangan, insha Allah dalam rumah sentiasa akan ada beras untuk makan sekeluarga. Ini bukan untuk kepentingan diri kita je, andai kata kalau ada keluarga yang susah, kita boleh bantu pula.

Suami kat luar sana, ajar isteri beli emas. Kalau nampak isteri macam nak beli bag harga lebih kurang rm250 itu, cuba tambahkan duit suami lagi rm250 bagi cukupkan rm500. lepas itu suruh isteri pilih beli mana-mana cincin emas dalam lingkungan harga itu.

percayalah, nanti cincin itu sangat membantu bila dalam keadan terdesak.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge