Suami kena minta maaf dengan isteri dulu tak kira siapa yang salah

pergaduhan-tak-bagus

Tak kisah lah siapa salah sekalipun. Kita sebagai lelaki ini mesti kena mulakan minta maaf dulu kalau jadi apa-apa masalah. Jangan kita harapkan isteri yang minta maaf dulu.

Ini bukan waktu nak lawan siapa betul siapa salah. Kalau kata dah berlaku selisih faham itu, suami terutama kena pandai control situasi. Jangan buat perkara yang boleh buat keadaan lagi teruk.

suami isteri tak baik bergaduh

Bila marah fikiran tak waras

Sebab bila tengah marah, kita tak boleh nak kawal perasaan. Kita akan terlajak buat perbuatan yang kita tak jangka. Dan dah tentu perbuatan tu nanti akan jadikan pergaduhan lagi besar.

Contoh nya bila keadaan dah tak terkawal, keluarlah perkataan maki hamun, carut mencarut yang sepatutnya tak boleh keluar langsung daripada mulut seorang suami. Memang tak boleh.

tak selesaikan apa-apa masalah kalau berkelahi

Jangan sekali-kali ungkit kisah lama

Perempuan kalau tengah marah, kau carut kan dia lagi memang meletop lah cerita dia. Silap haribulan boleh kena baling dengan pinggan cawan periuk kuali semua bagai. Makan kasut silap-silap.

Nak-nak pula kau pergi ungkit semua cerita lama-lama. Time ini memang dah geram giler dah. Sampai ke sudah pun takkan selesai masalah korang berdua. Yang kesian budak-budak lah tengok korang bergaduh.

masing-masing jangan ego

Cuba cari ketenangan sebentar

Jangan. Jangan ditambah lagi kalau kata dia dah marah. Pertama kita suami kena tenangkan diri dulu. Kalau kata dah panas sangat, cuba elakkan duduk dekat dengan isteri.

Pergilah ambil angin kat luar kejap. Bagi diri tu tempoh bertenang. Rasa marah macam mana sekalipun jangan sampai terhasut dengan syaitan yang memang nak melaga-lagakan lagi.

pergaduhan boleh bawa keretakan rumah tangga

Betapa besarnya perkataan maaf

Ambil wudhu ke, lepas tu tarik nafas dalam-dalam. Kalau kata perasaan itu dah reda dan perkara yang buat kau marah tadi dah mula slow down, baru masuk balik dan bawa cakap elok-elok dengan isteri.

Kalau kata isteri reject time, stop dulu niat nak berbincang itu. Banyakkan minta maaf dengan dia sampai lah hati dia pun dah tenang balik. Bila dua-dua dah okay baru korang selesaikan masalah tadi.

Jangan buat keputusan tengah marah.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge