Suami tolong isteri, isteri tolong suami pula

susah-senang-bersama

Aku bersyukur sangat bila isteri sama-sama dengan aku jadi rakan business yang aku buat sekarang ini. Alhamdulillah, memang lain rasanya bila bekerja sekali dengan isteri ini.

Sebelum ini kitorang pernah berniaga makan, bila berniaga makan ini ada part yang aku boleh biat tapi isteri tak boleh buat, ada part yang isteri buat aku tak boleh buat.

walau kemana-mana selalu ada disisi

Berniaga sama-sama dengan isteri

Macam berniaga sekarang ini, kitorang berdua buat benda yang sama. Jual produk dan servis yang sama. Jadi takde istilah aku ataupun isteri nak kena mainkan peranan lain-lain.

Kitorang boleh bertukar idea ataupun cara yang mana sesuai supaya sama-sama boleh dapatkan unit jualan masing-masing. Aku fight untuk target aku, wife fight untuk target dia.

meraikan pencapaian atas kerja keras bersama

Seronok boleh tolong isteri dapatkan jualan

Bila sama-sama bergerak dengan kerja yang sama, kitorang boleh generate income yang lebih daripada apa yang dapat sebelum ini. Alhamdulillah syukur rezeki ALLAH SWT bagi kat keluarga kecil kami.

Paling best bila mana isteri pun dah ada income sendiri. Jadi kadang bila keluar itu ada part yang dia tolong aku bayarkan. Ada part yang aku keluar duit. Sama-sama tolak ansur.

saling faham kerja antara satu sama lain

Bergurau senda dengan isteri

Ada satu kejadian yang kelakar itu kan, aku nak belikan baju untuk isteri, dalam masa yang sama isteri pula nak beli kan baju untuk aku. Kitorang pun pilih masing-masing mana satu yang berkenan.

Time nak bayar itu pula, boleh sama amount yang aku kena bayarkan untuk baju isteri aku dan amount yang isteri aku bayarkan untuk baju aku pun sama. Memang kitorang tak boleh nak tahan gelak depan cashier. Lebih baik beli untuk diri sendiri je aku cakap. Haha.

susah dan senang tetap hadapi dengan senyuman

Saling memahami antara satu sama lain

Tapi bagi aku itulah antara moment yang paling manis aku rasakan bila berniaga sesama dengan isteri. Ada juga part yang kami selisih faham, itu normal kita semua manusia biasa.

Cuma macam mana tak sependapat pun, bagi aku nak tak nak jangan biarkan keadaan melarat. Especially suami, kalau boleh mengalah je dulu dengan isteri. Mengalah tak semestinya kalah. Bila keadaan dah tenang baru boleh bincang balik elok-elok.

Adat lah dalam rumah tangga, ada pasang surut. Kena pandai handle.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge