Suami yang selalu belanja isteri insha Allah sentiasa di murahkan rezeki

ingat-balik-masa-mula-mula-jumpa

Aku memang setuju dengan statement ni. Aku tak tau kalau ada yang tak bersetuju. Bagi aku, tak salah pun kalau kita selalu bahagia kan isteri kita dengan penuhkan apa saja permintaan mereka. Yelah, kita cari rezeki siang malam bukannya untuk orang lain kan? Mesti untuk keluarga juga.

Dalam sedar tak sedar isteri ni lah sebenarnya yang jadi tulang belakang untuk seorang suami tu kerja kuat dan bila berada kat luar, tak takut dengan apa saja cabaran yang dia kena hadap. Tak percaya, cuba ingat balik masa bujang dulu. Mesti selalu rasa hidup ini biasa je. Bila dah kahwin barulah rasa tanggungjawab tu sebenarnya macam mana.

Tak baik kalau selalu merungut

Kebelakangan ini aku banyak dengar cerita yang suami merungut bila isteri dia minta macam-macam. Isteri dia nak ini lah, nak itulah. Macam-macam lagi lah. Sampai kan suami tu sanggup malas nak layan karenah isteri dia tu dan biarkan isteri kempunan macam itu je. Kesian si isteri terpinga-pinga bila kena marah dengan suami tak tau nak buat apa.

Janganlah macam itu. Tak ingat ke, masa korang bercinta dulu. Bukan ke dah janji yang nak sehidup semati, takkan ada apa-apa yang boleh memisahkan cinta antara kita berdua. Tapi takkan lah isteri baru minta nak beli handbag baru suami dah terus nak memaki hamun tak tentu pasal. Bukannya isteri itu minta bag yang berjenama sampai harga ribu riban tu.

Jangan campur aduk urusan kerja dengan peribadi

Paling-paling pun dia cuma minta handbag yang orang jual kat pasar malam tu pun dorang dah happy dah. Tak kisah pun harga berapa yang penting keikhlasan suami tu beli untuk bahagia kan isteri, yang tu lah yang akan isteri ingat sampai bila-bila. Tak semestinya bila dah kahwin dah tak payah kena fikir pasal benda-benda ini semua ya. Sepatutnya bila dah kahwin lah lagi kena selalu romantik.

Kononnya bila dah kahwin, tanggungjawab dah besar dah tak sempat nak fikir kan pasal belikan barang-barang untuk isteri ni. Sibuk sangat dengan kerja sebab takut tak boleh nak bayar komitmen bulanan yang makin hari makin naik. Lagi-lagi bila dah bertambah keluarga dan beranak pinak. Jangan lah sempitkan pemikiran sampai macam ni sekali.

Isteri gembira keluarga bahagia

Tau kan dalam rezeki yang kita duk dapat tu sebenarnya ada rezeki daripada isteri dan anak-anak juga. Bukannya berapa banyak rezeki yang kita dapat, tapi seberapa berkat rezeki yang kita boleh guna tu. Ada orang yang mungkin daripada segi kewangan dia takde masalah, tapi hubungan dia dengan isteri tu langsung tak mesra macam pasangan lain. Kan tak bagus bila jadi macam tu.

Apa pun jangan sekali-kali abaikan perasaan isteri. Ingat sampai bila-bila. Isteri tu lah yang mengandungkan anak kita sampai 9 bulan. Isteri tu juga lah yang menanggung sakit melahirkan anak kita. Isteri tu juga lah yang menanggung susah payah membesarkan anak kita. Penyesalan yang paling besar dalam hidup bila kita mula menghargai insan yang kita sayang selepas kita dah kehilangan mereka.

Masa itu menangis meratap keluar air mata darah sekalipun dah tak berguna lagi dah. Baru lah tau langit tu tinggi ke rendah. Wallahualam.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge