Suasana bersama yang akan di ingati sampai bila-bila

20200718_231355

Hari ini ada majlis makan-makan dengan pasukan. Kitorang selalu buat gathering macam ini sebab nak appreciate semua kawan-kawan yang berhempas pulas bekerja siang malam semata-mata demi keluarga tersayang.

Aku ingat lagi masa mula-mula join dorang, team member masa itu berapa orang je. Boleh dikira dengan jari. Lepas dah 2 tahun bersama, makin hari makin ramai yang nak bersama dengan kitorang.

Alhamdulillah, silih berganti, ada yang dah berjaya ubah kehidupan daripada sebelum ini. Ada yang pernah melalui fasa struggle sekarang ni dah slowly settle down. Dah boleh selesaikan banyak hal.

Apa yang pasti, ke mana pun akan datang, moment yang berlaku hari ini aku takkan lupakan sampai bila-bila. Aku tak pernah face dengan suasana environment yang friendly day penuh positive macam ini.

Aku pernah rasa niaga seorang-seorang. Memang tak habis. Semua benda kau settlekan sendiri. Takde tempat nak mengadu hal-hal peribadi. Kadang cuma tanya pendapat family tentang hal surface saja.

Apa pun aku berdoa semoga ukhuwah ini berjalan dengan baik sampai bila-bila. Semua orang aku dah anggap macam family aku sendiri. Susah senang bersama. Mungkin ada masa selisih faham, tapi usaha selesaikan sebaiknya.

Semoga dipermudahkan.

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on pinterest
Pinterest

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge